Pintutup
Aku dan kamu..Sangat rapat~serapat daun Pintutup.
Hingga aku merasakan-dengar-dan perasan.
Degup jantung kamu~yang mengeja nama aku.
Hela nafas yang kamu lepaskan~
jelas berdentum dengan bibir merah aku.
Aku amat merindui kamu..sayang.
Lebih dari segala apa yang kau tahu.
Aku cuma mahukan kamu...tanpa batas.
Malah tanpa udara dan ruang.
Bukalah pintu ini.
Kerna aku tidak mempunyai kunci.
Jangan melindungi Diri kamu...disebelah sana.
Kerana Aku terkurung mati...disebelah sini.
Bukalah daun pintu itu.Selak sekali hati itu.
Terimalah aku~Seperti cahaya yang melangkah masuk.
Membakar~Biar kering air mata di pipi kamu.
Aku tiada niat,mahu menjajah.
Aku tiada nafsu,untuk menjarah.
Aku sudah ada aku~harta terbaik dari-Nya.
Adanya kamu,cuma pelengkap kesunyian ini.
Biar dunia kita bersatu.
Tanpa ada sempadan~seperti kabus pagi.
Berbaur tanpa berlaga.Aman dan alami selama.
Sudah beratus hari~aku kaku beku..dari balik pintutup rapat.
Kamu bisu sahaja,tanpa nyawa.
Kenapa dan mengapa ???.Itu zikir yang aku alunkan.
Mungkin senyap yang kau jeritkan~aku perlu telan.
Sebagai satu alamat jawapan.
Sudah 3 kali gerhana berlalu.
Namun pintutup tak pernah renggang.
Kamu mengkiamatkan aku..sayang.
Hingga pecah air mata ini..
mengarus~ke bawah daun pintutup erat.
Dari air yang bah bertakung.
Kau kirimkan surat terlipat seperti bahtera.
Tertulis diatasnya jelas....
"Aku kurung hati di dalam sangkar~Kuncinya aku lontar ke angkasa".
Jawapan kamu,memberi aku satu harapan.
Aku tak akan berdiri~di depan pintutup,buat selamanya.
Aku undur bala tentera kemahuan.
Biar,kamu sendirian berteman pintutup.
Maaf-Maaf-maaf.
Aku harus pergi mencari alasan.
Aku lukakan tapak kaki..untuk kau tahu~
kemana aku lari pergi.
Namun,jika Aku terima kekalahan.
kerna~Kamu terlalu menawan
Untuk ditawan.
Namun,jika Aku terima kekalahan.
kerna~Kamu terlalu menawan
Untuk ditawan.
February 11, 2011 at 12:52 PM
err, nice beb..awesome!
tetibe rase macam ade dalam diri kau..
February 11, 2011 at 1:37 PM
Cik 18-Mungkin kisah hidup kita,adalah hampir sama.
mungkin...
February 11, 2011 at 1:41 PM
dan mungkin juga kau perlu terus ada supaya aku dapat terus kuat?
February 11, 2011 at 2:33 PM
Cik 18-
Kamu cuma perlukan diri sendiri
~untuk jadi kuat.
February 15, 2011 at 1:38 AM
setuju..
kita cuma perlu diri sendiri untuk jadi kuat...
Alhamdullilah sy telah kuat.. moga kamu lebih kuat dr sy..
March 27, 2011 at 2:57 AM
PA- :-)
ya..itu betul.
terima kasih,utk ingatan ini.