Marshaelmo !!!
Entah mengapa 2-3 minggu kebelakangan ini.Aku sudah ada habit baru.Tiada lagi secawan air kopi atau tea.Lihat picca dibawah.Itu cawan polka-dot terbaru aku.Khas digunakan untuk marshaelmo sahaja.Sekarang aku teramatlah suka kepada marshaelmo.Yups...aku suka banget sama itu marshaelmo.Aku leka untuk duduk di meja study,sambil bertemankan marshaelmo.[Sebutan pelat aku,merujuk kepada marshmallow].Aku mudah jadi teruja bila melihat warnanya yang berwarna-warni itu.Penuh memenuhi secawan milo atau coklat eis.Walaupun kawan baik aku,iaitu En Ameron telah pun bimbo berkata ~ "Uewww,apakah itu ???".Seolah rela hati dalam mencela,diet terbaru aku ini.
Yay,apa salah dan dosanya..meminum secawan milo dengan marshaelmo???.Mungkin dia pelik agaknya.Melihat di dalam cawan aku sekarang,sudah ada bentuk bunga-bunga...sudah ada taman botani.Tiada lagi kopi-o keras.Ataupun tea cina yang berperisa kelat.
Hurmmm,mungkin aku sudah jadi semakin budak-budak~Aku tak akan salahkan dia,jika dia berfikiran sebegitu.Mungkin dia perlukan sedikit masa.Untuk menerima cinta terbaru aku ini.Ya...aku patut beri dia lebih masa dan peluang.Lain hari,mungkin aku patut mengajak En Ameron, duduk berkhemah sambil "memanggang" marshaelmo !!!.
Hurmm,Nampaknya..buat masa ini :
Cinta aku pada marshaelmo tak akan pudar.
October 13, 2010 at 9:10 AM
kiut~ (:
October 13, 2010 at 11:23 AM
rasa nak ngap semua bunga lam cawan tu..dap dap
October 13, 2010 at 2:20 PM
my fav too~ pelik gak mula2 baca Marshaelmo ingatkan nama baru :P hehee~ dah lama xmkn.. balik kang nak cari la..
October 13, 2010 at 9:12 PM
Mimi - Wah,tinggalkan untuk me sikit.
:P
Aisumi - cari jangan tak carik.Sebelum me borong semua habis.
hohohoho...i luv ya misz marshaelmo !!!
October 15, 2010 at 11:51 AM
kalo bakar marshmallow tuh lagi best. pastuh celup dlm coklat.
ps; JA x suke marshmallow.
October 18, 2010 at 10:24 PM
Shaz - yay...satu lagi kerja nak membakar.Maaf,me tak berapa nak rajinlah..sekarang.
Jadi, me lagi suka makan begitu sahaja.
:P