<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Di Bawah Langit Hujan

Ketika itu..aku seorang.


Di Bawah hujan aku berjalan suram.Aku mendongak...Langit itu masih tak jemu , memuntahkan rahmat-Nya.Dan suasana malam ini , di tengah dada kota kuala lumpur..masih hangat dengan kehidupan.Manusia yang masih bugar, dalam bersimpang-siur menjadi hamba kehidupan.


Arghhh...pergi mati dengan mereka.Mereka semua itu..cuma hamba-hamba bodoh.Berjalan tanpa tentu arah. Apa dengan membuang masa di kaki lima jalan...berteman secawan kopi mahal dari jenama yahudi. Buat mereka anggun dan moden ??. Pergi mampus...pergi jahanam. Hati kosong mereka..hanya layak jadi kasut untuk kodok.Sumpah seranah aku berikan kepada mereka..taklah banyak.Tapi cukup , untuk memuaskan hati iblis yg memenuhi dada aku dengan dosa..... Lantaklah.


Aku terdetik kata-kata ini di dalam hati :" Ahhh , kota ini kota sial...mereka tak perlukan kamu, ridhuan ".


Aku akui...aku amat jelak dengan kehidupan di kota ini.Semuanya palsu dan berpura-pura....Manis mulut penuh gula.Di sini...nafsu dan wang jadi tuhan. Jika kamu tak terikut..kamu dikatakan kampung.Aku hanya mampu menghela nafas perlahan..bila aku lihat dia.

Dia..adalah seorang lelaki tua. Berbangsa cina , kerna mata dia sepet..dan kulitnya berwarna kuning tanah.Aku tak rasa dia melayu..atau campuran keduanya. Kerna aku belum terlalu tua..untuk mempercayai apa yg , mata dan deria aku rasa.Dia sedang mahu ...menuruni berbelas puluh anak tangga di stesen Masjid Jame. Aku tak tahu , ada berapa ratus anak tangga di situ. Aku tak pandai mengira , kerna dari kecil..aku jahil tentang nombor dan kali kira. Aku cuma lelaki seni...aku suka seni , menari-nari dan menyanyi. Lebih dari itu..aku memang tak pernah peduli.


Dia lelaki cina itu..bukan seorang penari. Dia juga bukan seorang ahli metafizik. Aku agak saja..tapi yg aku tahu , dia masih tak berjaya untuk menuruni walau satu pun , anak tangga. Terkial-kial dia untuk melangkah.Kasihan..hati aku terdetik.Di sisinya..dia memegang kemas sebuah beg besar beroda.Mungkin berat...sebab beg itu besar. Jika ringan..tentu dia dah lepaskan. Dan pasti , aku akan nampak dia menuruni tangga itu..sambil melompat-lompat.

Aku hampiri dia


Aku lihat dia sudah tua benar. Kawan-kawan yg pernah main sorok2 masa dia kecil dulu..mungkin sudah lama mati.Malah...dunia yg dia kenal dulu..memang sudah lama hilang. Kuala Lumpur , mungkin telah jadi kota alien di kaca matanya. Mata dia sayu. Dia pandang aku...aku pandang dia.Dia masih tak bergerak....Mata kami saling bertentang. Hati aku berdegup tanpa irama..owh jangan ada cupid yg terbang mengalunkan panah. Aku belum bersedia untuk jatuh cinta lagi.


Dia bertopi lusuh , melindungi rambutnya yg tiada. Di lehernya , tergantung kemas loket tangkal Buddha.Aku kira begitu..kerna ramai Lelaki tua dari keturunan cina..suka atau ada loket sebegitu. Owh , mungkin dia seorang sami. Cepat aku membuat andaian..memandai-mandai seperti kata abah aku.Kerna , dia memakai kemeja simple dengan seluar sama sedondon ..bewarna biru kelabu.Wajahnya bersih...walau berbeza anutan agama. Aku tahu..dia tetap , seorang manusia yg baik.


"Boleh saya tolong ??? , "pantas aku bersuara..lantas mengangkat beg beroda dari tangan dia. Ya Allah , mmg berat. Itulah , tadi gatal lagi mulut..mahu memandai-mandai.

"Owh , terima kasih..terima kasih"...ahhhh - Dia bersuara
"Tak apa , uncle...ini tanggungajwab saya..Kitakan satu Malaysia" - Kata2 ini pasti buat Najib dan Kak Ros bagi aku pingat PJK tahun depan..Itu pasti !!!

"Uncle...kenapa lah mereka tak buat escolutur turun kat sini ??...susahlah , untuk orang mahu turun..kene ikut tangga." - Kata2 ini, pasti akan membuatkan pingat Pjk aku ditarik balik...ya allah. Lancang sungguh mulut aku , menempelak kebodohan arkitek yg mendesign bangunan LRT Masjid Jame itu.
"Itulah..manyak2 susah lah" - dia pun mengeluh sama. Kami berdua mmg setuju dengan kebodohan arkitek itu.

Dari satu anak tangga ke satu lagi. kaki aku melompat mengikut rentak dia melangkah.Terketar-ketar kakinya..melangkah.Dia dah tua...tak mahu cepat-cepat mengejar masa. Dia mungkin akan mati minggu depan. Jadi tiada apa yg mahu dikejarkan. Aku ??? aku masih muda...ada kudrat yg mulia. Aku diam , bila dia amat lambat dalam berjalan. Mahu sahaja aku angkat dia sekali. Pasti laju...perjalanan kami berdua , dalam menuruni 134 anak tangga di LRT itu.

" Mau balik mana ?? "...dia bertanya perlahan.
" Owh saya mahu balik shah alam..but now mahu pergi kelana jaya "..aku menjawab tawar.

Sampai di kaki tangga. Aku menyerahkan semula beg yg aku gemgam.
Dia memandang ..dan memberi senyuman kosong.

" Terima kasih..sekali lagi ".

dan kata-kata itu..diringi dengan kumandang ayat-ayat suci al-quran dari masjid jame yg berhampiran.Suara mengalun pujian kepada-Nya itu , bergema di dalam ruang perjalan kaki itu.Tiba-tiba aku rasa sebak. Kerna DIA yang di atas...sudah mula bersuara.Aku tak tahu..itu ayat dari baris atau juzuk yg mana satu. Jahilnya aku kepada al-quran , buat aku pekak kepada maksudya.Ruang pejalan kaki itu..hanya ada aku , dia dan NYA.Sunyi dan sepi di pecahkan dengan alunan suara ayat-ayat suci.Entah kenapa..aku rasa sesal , kenapa aku tak memahami..apa maksud ayat yg di alunkan itu !!!

Aku tarik balik kata-kata aku. Arkitek bangunan ini tak bodoh.
Jika dia letak escolatur di sini...pasti aku tak akan jumpa dia.
Dan manusia-manusia di kota ini..tak bodoh.
kerna mereka ada nilai untuk di kongsi bersama.

Takdir dan masa...adalah permainan-Nya.
dan...Dia mengajar aku sesuatu....

“Di Bawah Langit Hujan”

  1. Blogger ceksumolek's Says:

    dalam kehidupan seharian kita.. apa yg kita lalui mesti ada sbbnya kan? yang berbeza cara penerimaan kita..

  2. Blogger Najakia Says:

    Suka bila entries cakap pasal Tuhan-
    terasa indah diciptakanNya...
    He gave u a very rare gift.keep writing things like this dude- inshaAllah bayak pahala...tambah2 sok lusa dah ramadan kan hu3

  3. Blogger Farazila Says:

    amalkan selalu yea megat....

    klu lilo jln sorang2 xberani nk tolong org...huhuhu

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    Aisumi - Kadang2 benda2 kecil nieh lah yang besar impaknya. Cuma kita kene melihat dan merasa dengan hati.Baru kita tahu..setiap saat dalam kehidupan ini , adalah Magic !!

    :-)

    Najnajakia- Insya allah , me akan cuba utk merajin2 kan idri. Hohhoho , now semakin bussy dengan hal-hal duniawi. Harap ,masih ada banyak masa untuk bermimpi dan menilai.
    Amin

    Lilo - Wah , if me minta tolong ?? U tak mahu stop jugak !! Hahahahah.

  5. Blogger alhariesz Says:

    suka entry nih. a different side of u that u rarely portrayed...

    walau di mana kita berpijak, setiap Detik waktu, setiap langkah kaki dan setiap hela nafas, segalanya milik Dia.

    salam ramadhan inche' megat :)

  6. Blogger Aisyah Sharif Says:

    saya suka encik

    penulisan encik

    lukisan encik

    fotografi encik.

    pemikiran encik.

    tapi malang, nama encik pun saya tak tahu.

    dan ini cuma alam blogger.

    apalah daya saya selain hanya mampu melihat, menbaca, dan mengagumi.

  7. Blogger adi miranda Says:

    ehem.aku pun nak comment juge.. haha.

    kita diketemukan pasti ade sebabnya. mungkin pada pemikiran orang yang pandai tahu reasonnya..

  8. Blogger MORIBAYU Says:

    Alhariez - setiap siling ada 2 sisi. Tapi me ???.Aduhai...terlalu banyak sisi dan ruang yg, mereka dan kamu tak pernah atau akan kenal.

    Ya,salam ramadhan en Alhariez..raya nanti kita jumpa k.

    Insya - Call me..muhammad sahaja.Tak mengapa , mengagumi di sini..lebih banyak baiknya. Hakikatnya ?? Tiada apa yg hebat ttg me. Sebab..bayang me pun hitam...Jadi tiada apa pun yg istimewanya.

    Adi -Mata rabun pun..mampu melihat.

  9. Blogger adi miranda Says:

    yeap2. gunakanlah mata hati anda;)

  10. Blogger Adek Abigail Says:

    mereka gopoh menyudahkan kerja, akhirnya ada yg tertinggal. kini org lain pula bertungkus lumus membetulkan sesuatu. org kita jarang menghargai manusia di hati, di mulut berbuih ambil peduli. hanya pelukis yg arif dgn lukisannya.. dgn strokenya..

  11. Blogger Aisyah Sharif Says:

    u have something that you're good at.

    That's special enough.

  12. Blogger MORIBAYU Says:

    adi - me sentiasa cuba utk guna.Cuma,kadang2 ianya akan meragam.
    :-(

    Silbi - semua orang ada rasa.Yang penting,sama ada perasan atau tidak.
    lagipun , tak ramai yg sedar..mereka sedang bernafas.

    i-sya - kamu pun ada. Tapi me tak tahu apa.