Di Antara
Akhirnya,impian aku untuk melewati petak-petak sawah ini tercapai juga.Kerana sejak dari kecil.Aku hanya mampu melihat dari tingkap kereta yang pantas pergi.Tetapi hari ini, semacam mimpi kembali.Mimpi zaman kecil itu,akhirnya berjaya datang menerobos ke hari siang. Kenangan lama itu,buat aku tergelak seperti si anak kecil.
Lantas...kaki berat ini mula melangkah-langkah, dari batas ke batas.Aku ingin diam sebentar di sini.Merasai setiap deria yang telah terbuka. Aku laju-laju perhati-perhati sekeliling.Memberi puas kepada sifat ingin tahu, yang mula menjerit memanggil jawapan.Sejenak, aku hanyut dalam dunia baru ini. Dunia yang yang belum, aku berlari di dalam perutnya.Hari ini, segala kekalutan yang bergetah di dalam jiwa ini..mulai pudar dan hampir lupus.Dapat melihat dan menikmati segala ketenangan ini, memang satu anugerah.
Di sini, dunianya amat segar dan sentiasa baru. Kehidupan amat beraja angkuh. Si Bangau berkawan datang dan pergi,terbang di bawah awan panas. Anak-anak padi sudah mula mencintai tanah. Hijau dan segar,berbaris setia dalam petaknya.Deruan air jatuh, dari petak ke petak menjadi susunan muzik agung.Lihat...air tawar sudah mula membalikan bayangan langit.Di atas segala pandangan syurga ini, aku sudah mula merasa cinta.
Aduhai, Indah..amat terlalu indah.
4:30 petang
Tanjung Karang,Selangor
August 17, 2010 at 10:41 AM
hi megat...
dh smpai dh pun ke tanjung karang..
if suke dtg situ..
leh stop by my house kat kuala selangor.. even b4 tg karang
dkt dgn tesco kuala tu. heheh
happy fasting
August 17, 2010 at 3:35 PM
well,
i can imagine...
me yang tersesat jalan pun dpt merasai keindahan sawah2 itu....
nt if pg sana, u amek my pic byk2 ok...
promiseeeee....
coz me nak balas dendam...
hohoho....
qarl,
u org tnjg karang ke?
xtaw la...
dah near my kg. la...
August 17, 2010 at 4:18 PM
memang tenang bila melihat sawah yang terbentang luas. seronok kalau berlari di batas sawah.
Selamat Berpuasa Megat
August 17, 2010 at 8:22 PM
Qarl - Owh,dekat saja.Yups...me suka sawah padi kat situ.Amat menenangkan hati bila duduk di situ.
Kak Amy - Yay , ok. Nanti kita pergi buat photoshoot kat sana.
Hurmm..ramainya,orang selangor kat sini. Hohohooho.
Edz - Salam Berpuasa Edz.
August 18, 2010 at 6:12 PM
ayat ayat yang mengajak mereka pulanglah di hari raya. =) nice.
August 19, 2010 at 9:47 PM
Adi - Yups,semua orang pasti akan pulang ke desa.