Tenang selepas Hujan
~
Sekarang , jika ada masa yang terluang. Aku akan lekakan diri ,untuk membuat lakaran di buku journal. Tak kiralah waktu itu, dimana aku berada sekalipun.[ Sama ada di dalam kereta , yang tersangkut dalam kesesakan @ di meja restaurant , waktu menunggu hidangan yg dipesan..tiba ].Janji aku ada banyak masa terluang. Ataupun situasi sekeliling , memberikan aku..suasana yang menenangkan. Sudah pasti ,pantas aku menyelak-yelak kertas, ke halaman baru .Tanpa dipaksa-paksa ,tangan aku akan mula kusyuk...didalam melakar dan berimaginasi.
Hanya dengan bertemankan pen dakwat hitam bermata 0.1 [ Ini sememangnya ,Pen kesukaan aku..untuk kini dan selama-lamanya ].Setiap masa dan saat yang terbuang , aku rasakan amat berbaloi untuk di isi. Jika, masa tak mencukupi, aku akan berhenti. Di waktu yang lain , aku akan sambung semula. Hasilnya ??, owh..mmg amat menerujakan mata yang duduk melihat.Ini kerana , aku telah mempunyai, lebih banyak waktu untuk menperhalusi setiap bentuk.
Entahlah , bila aku melakar-lakar kosong.Akan ada satu perasaan tenang...hadir di dalam hati ini. Perasaan itu, sama sangat sama. Umpama rupa langit selepas hujan. Kalian sudah pasti pernah lihat dan rasa bukan ??.Situasi tenang , yang hadir selepas langit memerah segala isinya. Tiada lagi kilat yang melukakan langit. Tiada lagi bingit perit..jeritan guruh. Yang ada dan tinggal, selepas ribut berlalu...hanya perasaan lega, tenang dan sunyi.
Lakaran-lakaran ini, amat membuai perasaan aku. Maka, biarlah aku hanyutkan diri..di dalam dunia imaginasi sendiri. Dunia ini, akan wujud sepastinya...tanpa masalah yang memeningkan kepala, tiada kesakitan yang menikam ,dan yang paling penting...tiada lagi air mata.
July 11, 2010 at 3:21 AM
whoa. kagum! :)
July 11, 2010 at 8:39 PM
u pun boleh buat.
cuma perlukan sunyi + kopi = Magic !!
:)
July 11, 2010 at 8:52 PM
waahh.wah..waahhh.waaaaaaaaaaaahhhhhhhh. :)
July 11, 2010 at 8:53 PM
wah..waaahhh...waaaaaaahhhhhhhhh..wwwwaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh :)
July 12, 2010 at 4:43 PM
ANDA SUDAH MATANG MEGAT
LOVE IT
MWAHA!!
July 13, 2010 at 1:59 PM
nurul - hurm , kenapa ???sabar okiez.
pakwe - terima kasih..hohooho
July 14, 2010 at 12:23 PM
to be honest..i really admirer ur lovely work encik muhammad..good job..got something inside..very deep meaning..love it!
July 14, 2010 at 2:19 PM
Leeya - hurm , me2. Me suka tgk hasil kerja kamu. Mmmg bijak hohohoo.
:)
July 16, 2010 at 8:53 AM
ai muhd..u xda post latest work or any work lagik?wana see it laa..or bz with other work..kalau i nak beli lukisan u nanti2..bole kew?not nowla..just asking..=)
July 17, 2010 at 4:41 PM
betul2!
dan puas kan?
bila lihat hasilnya.
dan tanpa sedar, sudah lebih sejam berlalu.
pendapat saya, lukisan itu merupakan dadah si pelukis.
dengan pen sebagai picagari.
dalam leka berimaginasi, kita tak perasan orang lain.
tapi, itu hanya pendapat saya. :)
July 25, 2010 at 10:13 AM
Leeya - hurm , ada but taklah serancak dulu. Lagipun me mmg bussy sangat-sangat now. Dapat update blog nieh pun , kita bertuah sudah.
:-)
Isya - tak..kamu mmg betul. Inilah yg mengkhayalkan me selama ini.
:-)