Gergasi Tua
~
Aku amat suka , untuk bawa cam aku kemana-mana. Malah amat tak lengkap hidup aku ini , jika tiada cam di sisi. Bukan apa , kerana kesesakan lalu lintas ..selalu buat aku kebosanan dan dungu di dalam kereta. Owh , aku memang benci termenung jadi bodoh. Lagu di radio selalu juga macam hampas tea basi. Jadi jika ada cam , aku ada teman bukan bicara ...yang unggul utk aku mainkan.
Ini kerana , macam-macam benda yang dapat aku lihat. Dari sebalik cermin yang lusuh mengusam ini . Cerita tentang Kehidupan dan kematian , akan sentiasa ada untuk berdrama di sepanjang perjalanan . Bagi aku , itu yang hebatnya jika ada cam. Kita akan sentiasa bersedia , untuk merakam setiapa memori dan saat yg berlaku.
Aku tak tahu , berapa ratus kali sudah. Aku melintasi bangunan KTM ini. Dan yang peliknya , setiap kali aku melewati bangunan ini. Aku pasti akan pantas dan laju menekan butang cam . Dan hasilnya selalu amat berbeza-beza.Bangunan lama ini, bagi aku...bagaikan raksasa tua , yang setia dalam mendominasi latar ibu kota usang ini. Jika orang tanya , apa landmark terbaik utk mendefinasikan jiwa Kuala Lumpur. Aku tak berapa megah untuk berkata " Owh ..sudah pasti KLCC lah " . Bagi aku , stesen tua ini..lagi hebat dan penuh nostagia. Ya , mungkin ianya di bina oleh penjajah. Tapi , fikirlah..kesenian dan nilai sejarahnya memang lebih kisahnya dari yang lain. Ianya di pahat indah , untuk menjadi jantung kepada kota ini ....lama sebelum KLCC. Jadi..fikirlah.
Apa-apapun,suka atau jelak.
Di pedulikan atau di pudarkan ingatan.Katakanlah apa sahaja :-
Hey , aku mmg suka bangunan ini !!
June 20, 2010 at 2:06 PM
pic itu nmpk sgt2 chantek & hebat!!!
terror la megat!
June 20, 2010 at 2:25 PM
cantek pic..hehe...:)
June 20, 2010 at 10:25 PM
huuu, i love takin pictures of outside from the inside..hahaha..
macam ambil gambar pemandangan luar ketika dlm kenderaan.
Snap everything i see, with window in between..
June 20, 2010 at 11:04 PM
yes megggs...
u sgt suka dis building...
da byk kali u buat post...
n everytime, it looked different...
June 21, 2010 at 7:44 PM
qarl - terima kasih qarl.
amir - hohoh..biasa jerk lah.
green - yups
kak amy - lol..ada satu folder , about this jerk.
:)
June 22, 2010 at 11:14 PM
Bangunan ini memang cantik. Tiap kali lalu saya akan pastikan saya pandangnya sehingga tak nampak lagi. harap ia dikekalkan sampai bila-bila
June 25, 2010 at 12:29 AM
i love the building. i'll put two pics on my blog later
you've seen antichrist yea?
June 25, 2010 at 8:42 PM
edz - harap2 lah..ianya kekal sampai bila. :) sudah pasti.
faiz - :)