<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kapoww !!! Atoi The Ajaib Boy [ 17 June 2010 ]

~
Kapoww - Atoi The Ajaib Boy [ KATAB ] , adalah filem jenaka paling ‘bengong’ pernah aku nonton. Ianya bukanlah satu jenaka bodoh. Tidak sama sekali pun filem ini layak untuktercampak , masuk kategori tersebut. Walau aku telah bertekak dengan kawan-kawan aku . Yang amat kuat melaung , meneriak dan mengatakan , ini hanya sebuah lagi… filem spesisjenaka sarkas [ maknanya : sila jangan buang duit untuk tonton ] . Owh , amat kurang hajar mulut mereka itu. Tapi . aku masih kukuh hati , untuk tetap dengan pendirian sendiri . Bagi aku , ada perbezaan yang besar di situ. Diantara filem lawak bodoh , dan lawak bijak yang mampu buat orang ketawa. Bagi KATAB , ianya telah berjaya buat aku ketawa . Bukan sekali..tapi berkali-kali sepanjang waktu tayangan. Jadi adakah aku perlu setuju ?? . Setuju dengan senanghati , utk mengatakan ini sebuah filem lawak bodusss ??
Tidak , KATAB bukanlah sebuah sarkas murah yang suka nak tipu-tipu orang. Filem ini ada kelasnya yg tersendiri. Aku sanggup menulis review ini .Kerana inilah filem pertama yang buat aku ketawa pecah panggung. Ada banyak sebab kenapa aku suka filem ini. Sebab-sebab inilah bagi aku , telah banyak menyelamatkan filem ini , dari tergolek masuk ke katagori filem-filem boduss.

Cinematografi : Hebat dan amat memuaskan. Aku rasa bangga , bila melihat dunia kapoww yg amat kemas di terjemahkan . Bila aku melihatsemua sisi kehidupan Atoi di kampung , amat senang sekali utk memahami jiwanya sebagai budak kampung. Perjalanan cerita Atoi , aku fahami dengan amat mudah. Malah tiba-tiba , buat aku jadi rindu kat kg sendiri. Sawah padi yang menghijau , parit air yang tohor berselut dan dapur rumah kampung yg amat berselerak dapurnya

Ini buat aku teringat ttg perbualan aku dengan uncle ajami. Tentang apa itu filem melayu ??. Kerna saat aku melihat filem luar , jika itu filem Korea , Jepun atau Thailand. Amat mudah untuk aku tahu..itu adalah filem mereka , berdasarkan budaya dan cara hidup mereka. Untuk filem tempatan , aku lihat tak banyak filem yang mempunyai sifat jujur dalam mendefinasi‘Filem Dunia Melayu ‘ itu. Apatah lagi jika , ianya sebuah filem jenaka. KATAB , ada kejujuran itu. Ada banyak utk aku lihat dan telan. Atoi & Aboo ke kedai membeli telur , sambil mengheret Dolet @ kerbau !!! . Owh , di mana lagi…mampu kita lihat adegan sebegini ??. .

Grafik dan CGI : Memang banyak membantu. Sangat-sangat boleh dibanggakan. Nampak real , tidaklah lagi nampak macam grafik tanah liat atau kertas sangat. Yups , filem tentang Superhero mmg kena ada kesan-kesan khas kan. KATAB , menghidangkan semuanya dalam cara dan gaya yg tersendiri. Aku ucapkan syabas kepada team produksi , kerana telah menghasilkan ilusi yg kemas. Ianya mmg sejuta lebih baik , dari filem-filem superhero sebelum ini. Ya,kesan khas banyak membantu perjalanan cerita. Jika ianya gagal , maka surreal lah jadinya filem itu. Contoh : Macam sebuah filem nieh …[ Aku tak akan cakap filem apa , tapi anda semua teka lah sendiri ]. Adakah patut , hero pakai jaket tebal bagai kerana salji. Tapi pokok-pokok yg melatari elok saja hijau kembang subur dan mahmur.Malah penduduk di kota Metrofulus itu pun , amat mengigil kesejukan. Tapi kenapa cahaya matahari nya sangat-sangat Pangkor Sunset ?? . Aku ada sebut metrofulus ker tadi ??? Hohohoho…larikkkkk !!!.

Jenaka dan Satira : Semuanya berbaur tanpa sempadan. Siapa sangka Dolet akan lari dari rumah [ Dan mampu menulis satu pesanan]?? – Adakah tempat terbaik untuk simpan rahsia agung , adalah di dalam Dapur bakar kek ?? – Makcik tua di kampung akan koyakan baju kurung..utk mendedahkan rahsianya sebagai superwomen ???. Owh..tuhan , kenapa semua ini diada-adakan ??. Aku sakit mulut untuk ketawa. Inilah resepi kenapa filem ini berjaya menambat hati aku.Banyak benda yang aku tak jangka akan muncul. Walau KATAB , sebuah filem jenaka mudah. Tapi dalam mudahnya perjalan ceritanya itu , ianya dipenuhi dengan sisi-sisi jenaka yang pelbagai. Apatah lagi dengan keselambaan setiap watak [ Muka semua macam tak bersalah jerk ]. KATAB , memang mampu berdiri sendiri . Sebagai sebuah filem yang amat hebat utk di tonton.

Lakonan : Norlia Ghani , yay…beliau sebagai ‘Mak Jah’ mmg hebat. Aku sampai terfikir , patut ada filem tentang watak beliau sahaja. Keselambaan beliau dalam setiap hal , mmg mencuit hati aku. Apa lagi yang perlu diperkataan ttg beliau. Eh , aku rasa macam pelik beliau berlakon filem. Namun , KATAB benar-benar member pentas baru , utk Norlia Ghani sebagai bintang pilem. Memang hebat..memang tak palsulah lakonan beliau.

Zizan , aku tak perlu nak jelaskan apa-apa. Beliau mmg berbakat sebagai pelawak. Siapa mampu nafikan ??. Aku boleh tergelak tgk aksi beliau , semasa mengacarakan program “ Raja Lawak”. Jadi KATAB , mungkin satu jawapan , kepada para peminat dia. Yang mahukan lawak-lawak baru zizan .. sesuatu yang lebih darihanya program di tv. Mimik muka , bahasa badan zizan sebagai Atoi …aku kagum. Malah aku seolah-olah melihat jelmaan Charlie Chaplin dalam diri dia. Zizan mmg ada roh jenaka itu , apa sahaja yg dia buat. Besar atau sekecil mana aksinya..mampu mengusikmanusia hati batu neraka sekalipun , utk ketawa.

Itu sahaja yang aku nak skripkan di sini. Aku memang tak akan ulas detail-detail. Mahu tahu dan rasa tentang keajaiban si atoi ??. Jadi jangan lupa pergi beramai-ramai pecahkan panggung , pada 17 Jun 2010 ini. Aku nak anda semua , merasai juga …apa yang aku gelakan selama ini. Dan untuk aku ??? Hey hey , sudah tentu aku akan menonton lagi . Terima Kasih pada KATAB …kamu buat aku gelak ketawa sampai pagi .

Ps : KATAB = Kapoww … AtoiThe Ajaib Boy . Ermmm kan bagus if tajuknya , Kapoww …Atoi The Ajaib Kanak-kanak.

“Kapoww !!! Atoi The Ajaib Boy [ 17 June 2010 ]”

  1. Blogger Qarl Says:

    according to uncle ajami,

    cite ni kelaka abes

    plot menarik

    hehehe

    xsbr tunggu ur review

  2. Blogger Muhammad Says:

    karl - yups..here my review !!. Gila lah , punyalah lama me ambik masa utk menaip.
    :P

    Hey , kamu kene pergi menonton.
    Next time , jika ada review datang ya. Misz kamulah Qarl.

  3. Blogger alhariesz Says:

    keselambaan norlia ghani dlm apa jua cite mengingatkan pada watak "Super Gran" yg cool gile...siri 'nenek super' dari Britain era 80an...if megat pnah tonton...

    tontonan zaman kanak2 yg mmg hebat...

    yang benar,
    peminat fanatik norlia ghani

  4. Blogger Muhammad Says:

    alhariez - hohoho me dah lupa lah. Nanti me try gogel.

    me juga , me suka Mama Norlia sice dia berlakon di bawah rashid sibir.
    Ada banyak drama lakonan beliau yg me suka. Dia mmg hebat n berbakat !!!

  5. Blogger edzlin007 Says:

    Sudah pasti tonton filem ini. Dari tahun lepas mereka kata filem ini sangat kelakar