<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rapuh


Sehari yang lepas

Aku mula mendongak melihat muka malam. Ada jutaan bintang di langit yang tak pernah kusam.Melirik kepada rantaian " Orion's Belt " , aku mula memikir-mikir dan menilik : Melihat bintang , seperti melihat masa lepas. Masa yang tidak pernah aku lalui...tapi aku masih boleh rasa di masa hadapan. Setiap kali , berlaku satu kematian...aku akan mula mendongak melihat langit. Melihat dan mengenang semalam yang , masih belum berlaku di langit . Kefahaman aku mudah..Langit adalah abadi. Tak pernah terusik atau berubah. Di situ..aku anggap , di mana Tuhan tinggal memerhati dalam senyap.

Manakala...di lantai dasar langit ini . Aku pula dipaksa dan diajar menelan satu kebenaran : Bintang itu pun tak kekal. Walau selepas jutaan tahun , membakar setiap hitam malam. Tetapi..Aku bukan bintang ... aku cuma roh , yang bercekerang tubuh rapuh.

Aku juga akan hapus seperti bintang yang menuju supernova.
Aku juga akan jadi debu-debu yang menghilang dalam deru angin.
Aku juga akan jadi salji yang menjunam di puncak.

Tapi..aku tak akan musnah. Aku seperti pengembara yang sentiasa berdagang. Aku merentas jalan di bawah malam dan siang. Berjumpa dengan mahkluk tuhan yang berbagai rupa. Dan , Perjalanan ini tak akan berhenti. Cuma aku saja ..yang akan bertukar rupa pakaian. Tapi , aku tetap aku. Dari Air - Kulit - atau Temulang - ......tiada pengakhiran. Tiada saat..untuk aku berhenti..mati dan mati.
Tapi kematian ..adalah satu yang amat asing dalam diari hidup aku. Aku sudah hidup selama 26 tahun ... tapi aku tak pernah menyentuh walau satu kematian. Aku tidak pernah menghadiri mana-mana majlis pengkebumian. Aku tak pernah mengucapkan selamat tinggal. Aku tak pernah diam... bertafakur di tanah perkuburan.

Dan kematiaan itu bagaikan ...mula melupai aku.Walau ada kalanya..dia mengintai-gintai dari jauh.Tapi kebosanan mula menghambat dirinya..melihat bagaiman aku , lebih asyik cinta pada dunia. Aku tak meninggalkan dia..kerana tidak menghargai nya. Cuma...

Adakah aku zalim ??? degil...atau angkuh ??.

Tak..aku tak melupakan Si kematian itu. Aku sentiasa menunggu dia datang mengetuk pintu. Adakala ..aku mahu dia datang menemani..saat dunia terlalu garang dalam menghakimi. Kematian itu bukan satu pengakhiran...ianya salah satu dari jawapan, dalam menghampiri tuhan.Orang kata ... manusia datang ke dunia dengan tagisan..maka harus pulang dengan tangisan. Adakah mereka cuma terlalu romantik ??. Bukankah..kehadiran manusia penuh dengan senyap dan sunyi. Seperti bayi yg tidur dalam kepompongnya.Kematian itu indah .Dia datang membuka pintu. Senyap-senyap menjengket kaki..dengan sayang menghampiri. Akan mengejutkan kamu..seperti kejutan di hari jadi. Buat kamu tersenyum dan menangis...dengan hadiah di tangannya.

Bila selesai...Dia akan mengemas meja makan..Membasuh pinggan di singki. Menurunkan birai di tingkat...Menutup lampu dan tv..Dengan pantas..menutup lampu dan pergi.tapi...itu terlalu mengujakan.

Aku cuma mahu jadi seperti alam. Aku mahu jadi binatang...
Kematian dalam tamadun kami..adalah senyap dan sunyi.
Kami tak memerlukan bunyi dan perhatian...dalam kesempurnaan.
Kami tidak mendambakan..air mata mencurah dalam ucapan terakhir.
kami cuma mahu hancur dan reput...

di lupakan

dan
di lenyapkan.

“Rapuh”

  1. Blogger Qarl Says:

    hi megat

    i guess d longest entry ever kot

    dilupakan
    dan
    dilenyapkan

    plus

    kiriman doa & al-fatihah skali

  2. Blogger RABUN Says:

    salam ziarah, penulisan yang menarik

  3. Blogger Amiha Ayu Says:

    i love this entry megat!!!!
    suka! suka!

    click here for accessories, beauty products, bags, hijjabs and cakes.. all in one store for you.

  4. Blogger alhariesz Says:

    En.Megat...

    kematian itu permulaan kehidupan baru yang eternal...

    mengingatinya sunat...kerana kita akan berusaha menjadi hamba-NYA yang lebih baik dalam persiapan menuju ke SANA...

    walau kehidupan yang fana' ini menyeksakan, semoga kesyukuran kita mendorong kita ke jalan yang KANAN, bukan yang KIRI...

    *entry ni 'sampai' ke jiwa

  5. Blogger MORIBAYU Says:

    Qarl - Errmm...mungkin.
    Harap later..ada lagi yg panjang dari ini.
    :)

    Indra - Salam , terima kasih..kerana sudi membaca dan memahami.

    Kak Ayu - me tahu..couse me pun suka gak.

    Alhariez -

    :)

  6. Blogger Edzlin Says:

    saya sangat suka entry ini. cukup menarik hatiku

  7. Blogger MORIBAYU Says:

    edz - baguslah...ada yg suka.
    :P

  8. Blogger Qaisy Jaslenda Says:

    Bunyi seperti
    yang biasa
    dengan
    mati
    .

  9. Blogger MORIBAYU Says:

    qaisy - ......utk biasa , kita perlu berfikir secara luar biasa.

    :)

  10. Blogger adi miranda Says:

    si penulis dan si pengoment semua hebat hebat belaka,;)

    wat can i say.