Seringgit
Semalam...
Aku pergi ke sebuah gerai di tepi jalan. Niat di hati , mahu mencari juadah minum petang. Memang aku suka pergi membeli di gerai berkenaan. Kerana goreng pisang yang di jual di situ , amat rangup dan manis sekali rasanya. Para pelanggan sentiasa berpusu-pusu ada. Jadi tak hairanlah jika goreng pisang , yang masih panas dari kuali . Sentiasa terjual sebelum sempat untuk sejuk.
Pemiliknya , adalah seorang pakcik tua. Aku kira-kira , umurnya mungkin sudah lebih dari 50 tahun . Walau dicemari retak-retakan usia yang terpamer di wajahnya. Namun beliau , masih kuat dalam mencari rejeki. Untuk mengisi masa sisa-sisa kehidupanya.
Tapi , semalam .. sewaktu menunggu giliran untuk membeli. Aku kaku , diantara deretan manusia yang setia menanti dan berbaris menunggu. Aduh , semua orang mahu membeli goreng pisang panas. Sambil menanti , mata aku nakal memerhati. Aku lihat... ada seorang gadis ayu bertudung yang berkerja di situ. Aku tak pernah melihat dia sebelum ini. Aku sudah datang berkali-kali singgah membeli , sebelum ini. Tetapi , aku tak pernah nampak kelibat dia , sehinggalah semalam.
Manis rupanya , kulitnya cerah kemerahan terbakar - ketika dia leka mengoreng pisang. Sejuk mata aku mencuri pandang. Dengan tudung hitam yang memeluk wajahnya , aduhai. Terserlah , rupa yang terukir indah. Wajahnya macam gadis iran , tapi yang nyata .. ada sesuatu yang buat aku leka memerhati.
Ketika pakcik pemilik gerai itu , sibuk melayan pelanggan. Aku pula hanya , sibuk mencuci mata melihat gadis tersebut. Lamunan aku lantas terhenti , bila gadis itu bersuara kepada lelaki tua tersebut ;
" Ayah , tolong tengokan nieh. Dah boleh angkat ker nieh ?? "
Sopan dia bertanya , Sambil tangannya masih pantas membalik-balikan , pisang di dalam kuali. Owh , ini anak pakcik gerai rupanya. Pantas hati aku membisik , membuat kesimpulan. Jelas , ini mungkin kali pertama , si gadis itu membantu bapanya. Kerana dia selalu bertanya tentang hal-hal berkaitan jualan kepada , pakcik tersebut.
" Ayah , duit pecah kat mana .. Ayah , ini nak kira berapa ?? .. Ayah , orang tu bagi 50 ringgit "
Dan setiap persoalan yang bertalu-talu itu , ditanya dengan penuh adab. Aku memerhati kosong. Betapa gadis ini , amat menghormati ayahnya. Kata-kata yang beliau ucapkan , amat rendah hati bunyinya. Seolah-olah dia bukan sedang berkerja. Tapi sedang menikmati waktu-waktu yang indah bersama ayahnya.
Aku mengagak , dia baru habis SPM mungkin , jadi sekarang membantu ayahnya di gerai. Hai , kenapa hari ini .. hati aku banyak benar persoalan demi persoalan. Perkara sebegini mudah , mahu membeli goreng pisang pun. Boleh jadi isu besar untuk aku persoalkan.
Dan hari ini , aku belajar sesuatu.Takdir yang mengasihani itu... bezanya cumalah ;
Seringgit.
:-)

" Errr...saya nak pisang goreng , bagi 4 hengget ya "
- Lancar aku membuat pesanan.
" Ehhh , tak cukuplah rasanya "
- Gadis itu membalas.
( kerana pelanggan sebelum aku , sudah memborong pisang goreng berharga 7.00 hengget. Huh ... Orang tamak , memang selalu dapat banyak )
" Tak pa lah..bagi sahaja , berapa yang tinggal tu "
- Dengan nada kempunan aku meminta.
" Semuanya cukup untuk 3 ringgit , ya " -
Dia memujuk aku yang kempunan. ( dan aku mula perasan sendiri ).
Dan hari ini , aku belajar sesuatu.Takdir yang mengasihani itu... bezanya cumalah ;
Seringgit.
:-)
January 11, 2010 at 2:53 PM
senyum sampai ke telinga....
:)
January 11, 2010 at 4:12 PM
alhariez - hahahahaha , pikir apa tu ?
January 11, 2010 at 5:01 PM
nice story
megatttt..
January 11, 2010 at 5:13 PM
1) a reminiscence...dulu pernah tolong bapak niaga goreng pisang & cendol mase skola rendah kat warung...hoho :)
2) cara megat story sangat delightful...u tau, kat Hollywood...screen writers describe adegan pertemuan camni dlm filem dorg as 'meet cute'...
hence, the smiling ear to ear...haha
January 11, 2010 at 5:27 PM
seronok baca, mcm cinta pula. dan skrg rasa lapar pula
January 11, 2010 at 5:38 PM
its ok megat..
take it positively:
dgn seringgit, u dapat selamatkan beberapa gram kalori, cholesterol, minyak, lemak, carbo dll
hehehehhehe
January 11, 2010 at 6:29 PM
hehe. dah jatuh cinta la nie ea? :D
January 11, 2010 at 7:18 PM
Abir - Me just bercerita :P
Alhariez - Yeaps , me tahu .. tu sebab me menulis macam nieh. Cuma mahu merakam kan . Apa yang me rasa semalam. Hohohoho..
edzlin - ahahahhaha...cinta goreng pisang ??. Kene buat skrip drama astro nieh.
:)
Kak Amy - Ala..if u makan goreng pisang tu. Sure , u pun borong sebanyak 7 hengget gak kot !!
Afeeqa - Nope..bukan jatuh cinta.
Ianya cuma ....errr..ermmm
( larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk )
January 11, 2010 at 8:40 PM
kata2 biasa dr saya adalah "INDAH".
penceritaan dr hati en megat.sy suka. seringgit itu sgt besar nilainya,bg mereka yg tahu menghargai.seorg bakal jutawan pn x kan menjelma jadi jutawan kalau x cukup seringgit.