Aku Dari Balik Cermin
Aku memang ada satu tabiat buruk . Iaitu untuk sentiasa membawa cam,kemana saja aku pergi.Kenapa ??.Sebab bagi aku , hidup ini memang penuh kejutan dan keindahan. Kita tak akan tahu , apa yang kita akan jumpa atau temui. Jadi , bila perkara-perkara yang mengusik hati itu ..tiba. Maka , terus pantas aku snap-snap n snap. Aku memang suka untuk merakamkan apa yang aku nampak. Dan disini , aku boleh kongsikan dengan para pembaca semua.
Aku sentiasa rasa , hidup ini secara zahirnya. Adalah tentang perkongsian. Memang kita berkongsi bumi , udara dan cahaya yang sama. Tetapi , tak semua orang melihat keindahan itu . Atau sudut pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara . Adalah...amat berbeza.
Jadi apabila...aku melihat sesuatu , yang aku rasa amat menarik. Kenapa tidak , aku kongsikan dengan orang lain ??. Ianya jadi mudah , jika benda dan perkara itu , ada persamaan dengan orang lain. Dan...Walau ada pun persamaan pun , penerimaan orang tetap akan berbeza . Itulah yang menariknya. Maka , kat sini..aku belajar tentang banyak perkara. Aku belajar menilai , yang setiap orang ada kecantikan jiwanya yang tersendiri.
Ada orang pernah bertanya , kenapa aku tak menulis tentang kehidupan aku secara detail ??. Maaf , ini bukan Reality Show. Aku bukan macam binatang kat Zoo , yang orang boleh datang tengok. Terhibur melihat aku buat aksi sarkas . Ambik peluang bagi makanan , pastu ambik gambar bersama-sama. Prinsip aku , Hidup tanpa misteri , samalah macam berlari bogel di jalanan . Orang akan buat penilaian semudah begitu saja.
Gosh , lagipun aku rasa .. menulis tentang apa yang kita buat seharian , amat membosankan. Lagipun , dah terlalu ramai yang menulis, tentang diari seharian mereka. Jadi kenapa aku perlu jadi macam mereka ??.
~
"Bintang pun tak pernah...berkelip serentak"
January 18, 2010 at 12:38 PM
hey, u read my mind...ahaks...that's why saya tukar tajuk blog... :)
pic2 ni nampak surreal, tapi real...wish i had your eyes...not literally lar....haha
January 18, 2010 at 12:48 PM
alhariez - ahahaah..kebetulan lah tu.
:)
errrmm..jangan bimbang. One day sure gerhana lagi.
:P
January 18, 2010 at 3:34 PM
neh mmg best..
suke sngt follow ur blog!
terbaek!
January 18, 2010 at 7:02 PM
KONGSI.itulah jugak yg saya buat,bila baca blog en megat.rasa senang bila dpt berkongsi dgn org lain,biar semua dapat baca dan nilai keindahan blog en megat dgn cara mereka sendiri.
apa yg penting,sy jugak suka berkongsi,unruk sesetengah perkara.TAPI mungkin sebahagiannya, hanya perlu disimpan sampai bila2.
dear en megat,teruskan menulis.
...dan saya akan terus membaca: )
January 18, 2010 at 7:04 PM
nad nampak naddd,
eh silap nad nampak rainbowww x)
January 19, 2010 at 9:07 AM
rarelymine - Salam , terima kasih..sebab u suka.
:)
Nae - Hey , Terima Kasih..sebab u nampak dan faham.
:)
Nad - Hahaahahaha..tetap nak kredit tu.
:)
January 19, 2010 at 11:49 PM
tak perlu begitu detail. cukup lah kita hanya berkias. mesti ada yg paham apa yg kita maksudkan. :)
♥ reading your blog, megat. :)
fighting!
January 22, 2010 at 7:45 PM
Afeeqa - Yeaps...sebab kebenaran selalu menyakitkan.
:)