Huaaaaaaaaaaaaahhh
"I gave you everything but it wasn't enough to make you stay"
~Me ada di melaka , bila mendapat pangilan mengenai Mr Crab yang sudah nazak. But me tak mampu nak buat apa-apa. Sejak dari bulan lepas .. Mr Crab dah kritikal. Beliau dah tak selincah dulu. Mungkin kehidupan dalam Dunia Bersalut Kaca , tak mampu memberikan harapan pada beliau. Me dah cuba buat yg terbaik. Sejak me bela Mr Crab , me sentiasa berdisplin dalam menjaga beliau. Me tukar air setiap 5 hari. Bagi memberikan persekitaran yang bersih . Manakala , bagi pemberian makanan pula. Me letak..setiap pagi dan malam. [ Agar beliau tak lapar selepas jam 12 malam]. Tapi ..
... ini mungkin sudah suratan. Bila me mendapat pangilan ke-2 [ kira-kira sejam kemudian ]. Khabar yang me terima mengatakan Mr Crab sudah tiada. Beliau sudah tidak memberi respon lagi. Kaku dan sejuk...buat selama-lamanya. Me rasa kosong. Terasa sendiri dan keseorangan di bumi ini.
Perasaan ketika me kehilangan Mock dulu , kembali mengetuk pintu hati ini. Hujan mula turun di luar , dan me cuma mampu diam. Tiada lagi belaian manja yg mampu me beri. Tiada lagi sesi kejar mengejar, bila Mr Crab berjaya lari dari rumahnya. Tiada lagi gelak ketawa me...ketika susah payah pegang beliau, waktu mahu menukar air tangki aquarium.
Tiada apa-apa lagi..tiada apa.
December 8, 2009 at 9:19 AM
serius ke ni megat...
maybe dia rindu kat megat kot..megat tgl dia lama sgt2...
huhuhuhu....
jgn sedih sgt ekh..meow2 lilo pon br je mati pagi td...coz lilo dah lama x blk umah lps bercuti....
December 8, 2009 at 9:26 AM
lilo - hang nampak me buat lawak kaaa ?? huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
serius lah nieh. isk iskk iskk.
tu lah , baru tinggal semingu dah kiok. tinggal 2 mingu ???
huaaaaaaaaa...
December 9, 2009 at 2:07 PM
semoga Mock & Mr. Crab tenang di sana, ditemani bidadari syurga...