<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

PapaDom 2009


Di Pawagam - 8 Oktober 2009
~
Jika orang bertanya kepada aku. Bagaimana aku menilai sesuatu filem. Aku jawab mudah sahaja. Filem yang bagus dan hebat , akan mengheret kita secara emosi ke dalam perjalanan sesuatu filem. Kita rasa , kita adalah sebahagian dari cerita yang dipentaskan. Kita cenggeng bila hero kene pukul , kita tersengeh macam kerang...bila heroin berlari-lari di padang rumput mencari arjunanya. Tapi jika filem itu membosankan , aku akan keluar 10 minit sebelum tayangan berakhir.
Tetapi Filem Papadom ini , tak berjaya buat aku keluar pada 10 minit yang terakhir. Malah sepanjang menonton , ingatan aku kepada my abah sentiasa berputar-putar. Ya , memang aku ketawa macam orang kena geletek. Aku amat terhibur dengan lawak jenaka yang bergelora dalam setiap inci perjalanan cerita filem ini. Tapi , aku tersedar .... jika aku berhenti ketawa. Dan melihat sisi lain dari part " Jenaka ". Papadom benar-benar membawa "Erti Kasih Sayang Seorang Bapa ".

Papadom sarat dengan imej Kebapaan. Satu tema yang jarang di tolak menjadi isu. Kita secara realiti , muak sudah dengan kisah Ibu tunggal , Janda gatal atau Perempuan malang . ( Bagi aku lah , tapi kalo korang still suka. Suka hati koranglah ). Tapi , ingatlah...Bapa itu adalah manusia juga . Dan bukankah , kita patut menghibur diri dengan kisah seorang bapa juga. Mungkin selera kita patut diubah. Gaya rupa Filem patut berubah , kerana kadang-kadang. Bosan juga jika mengadap makanan yang sama , atau hampir serupa. Jadi kenapa tidak ... cuba kali ini, kita mengunyah Papadom ??. ( Dan cuba dengar bunyi rangup itu. Bila sekeping papadom pecah dalam asakan gigi korang tu ).

Secara kasar , Ianya amat tepat sekali untuk merungkai sikap manusia , bila melihat " En Saadom " . Seorang lelaki berprinsip gaya lama . Berubah menjadi seorang manusia ceria penuh jenaka. Selepas satu tragedi menimpa keluarganya. Perubahan itu melewati perubahan zaman. Dari awal-awal tahun 90 an , sehingga ke dunia kedai makan 24 jam. Indah bukan , bila perubahan positif itu...muncul selepas satu kecelakaan. Dari situ , bacaan cerita dunia Papadom pun bermula.

Bagai mahu menebus satu kesilapan. En Saadom telah bertukar sifat, dari lelaki yang terlalu pentingkan kerjaya - Kepada lelaki yang terlalu pentingkan kehendak anaknya iatu , Miasara. Maka , segala kecelaruan , Jenaka , Harapan dan cinta berbaur dalam satu cerita.

Aku tak mahu cerita tentang kekurangan filem ini. Sebab , aku bukan pengkritik yang bagus. Jika ada kekurangan pun , aku masih lihat apa yang lebihnya. Bak aku kata pada Ikha :- U nak kritik ??. Filem ini dah dapat review yang baguslah . Siap menang award kat FFM -22 lagi.

Ya , kita perlu sentiasa positif bukan . Ini filem kita , jika ianya nampak busuk dan tak menarik hari ini. Jangan lupa - Mickey Mouse pun dulu takder warna, ok. Dan walau , ada mulut yang bersuara - Perlu ker ?? Ada Boria sebagai pembuka dan penutup filem ini. Err....apa salahnya ?? -Itu lagi bagus dan selamat . Dari kita pilih Tarian Pendet !!!. Aku tak akan suruh orang pergi tengok cerita ini , untuk saja-saja. Ada sesuatu dalam Papadom , utk kita fahami. Dalam kita berguling-guling ketawa dengan jenaka sinisnya. Ingatlah ...saat-saat , kita Buka dompet - Beli tiket - Buka mulut - Kunyah popcorn - Buka mata - untuk berhibur - ......tapi jangan kita tutup hati , utk menilai pengisianya.

Bagi aku , Papadom benar-benar satu " Nasihat" yang cantik dari Afdlin untuk para penonton di luar sana. Macam cermin , utk kita menilai. Apa kita hari ini....menilai kasih sayang itu , dengan cara yang jujur ??.

Kasih Sayang seorang bapa itu , mungkin tak macam kerepek kentang dari Mr Potato ( Macam yang kita nak ) . Ianya lebih ringkas mungkin. Semacam papadom. Mungkin nampak kampung , murah dan tawar. Tapi ..... siapa kita , sebagai manusia. Untuk menilai , sesuatu yang tak ternilai sebenarnya.

“PapaDom 2009”

  1. Blogger Ajami Hashim Says:

    i likeee this rev!!!

    very ke-bapa-an gitu!

    pakcik suka! suka! suka!

    :-)

  2. Blogger Ajami Hashim Says:

    oh btw.. it's ORIGINAL!!!

  3. Blogger Sinefelia Says:

    ouch...pengkritik ke aku???

    haha...

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    uncle - gila tak ori !!! ahahahahha.
    Aiyooo..biasa jerklah nieh.
    Me just nak tulis something dari sudut yg berbeza. hohoho

    ikha - ye la..ko kan juri awam !! ahahahah . :P Me dah baca review u..nice woooo.

  5. Anonymous fadz Says:

    bagus! ada pengertian lain.