Owh - Owh , lihat apa saya jumpa dalam STOR !!
Oil Pastel On Paper
Huh , aku mengemas stor semalam. Lihat apa aku jumpa !! . Lukisan lama yang tersorok , di sebalik kotak-kotak. Aku dah lupa , bila tarikh sebenar lukisan ini dibuat. Tapi angaran aku , ialah antara tahun 2002-2003. Aku tersenyum bila melihat. Sebab , sudah terlalu lama aku melupakan tentang lukisan ini.
Ini satu-satunya lukisan Oil pastel yang aku ada. Aku buat dulu pun , hanya untuk belajar sendiri. Untuk melihat kesan , dan gaya pengunaan Oil pastel diatas kertas. Nasib baik , lukisan ini tak hancur di jamah oleh tikus atau lipas. Jika tidak , tentu sayang melihat ianya musnah begitu sahaja.
Cantik ?? , aku rasa tidak . Sebab ianya cuma imaginasi kosong aku. Aku tak melukis ,berdasarkan gambar foto atau subjek sebenar pun. Ianya cuma imaginasi fantasi. Boleh dilihat dengan mudah , betapa janggalnya susun atur buah-buahan itu. Semuanya berbaur kasar , seolah-olah dipaksa untuk berada di situ. Apa-apa pun , ini cuma satu memori lama. Tentang bagaiman aku melalui hari-hari yang kosong itu .
September 10, 2009 at 11:49 AM
...tapi ia menceritakan satu proses TRANSFORMASI yang jadikkan sape megat hari ni...
kata org, jika tiada yg dulu maka tiadalah yg sekarang...
mcm kisah telur dan ayam, yang mana wujud dulu yang mana wujud kemudian...HUHU
September 12, 2009 at 4:14 PM
alhariez - Me dulu asal dari telur gak.
:)