<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Aku termenung di subuh hari

Kerana.....

Ketika mak aku berleter - " Kau cuma tahu, menghabiskan Kertas "
Ketika Kawan aku mencaci - " Lukisan kau macam sampahlah "
Ketika orang ramai merayu - " Ala...kau bukan famous pun , harga bagi murah lah "
Ketika orang galeri bersabda - " Owh..kebaratan lah gaya lukisan u "
Ketika sahabat sejati berbual - " Kau bagi free jerklah..boleh lah. Kitakan kawan "

Kerana antara mereka yang meramai ini. Ada 10 orang yang benar-benar memahami , kegilaan aku utk melukis. Kerana antara 10 itu..ada seorang yang jernih hatinya, dalam menilai . Dia bukan mak , kawan , orang ramai , orang galeri atau sahabat sejati.

Kerana Dia cuma berkata :

i said it when we met, i'll see it now: you are one BRILLIANT artist! - YA
~
Tunduk aku mulai berdoa..Hati aku mulai menagis senyap..Aku mulai memahami.
Kerana yang merentas kasih sayang itu :

bukan darah sama - yang mengalir pekat
bukan pertalian sahabat - yang harus di ikrar
bukan duit - yang harus tumpah di dalam saku
bukan menempah nama - utk kekal di atas kertas
bukan kepercayaan - antara 2 insan yang bercinta
Yang mengikat semua ini, adalah ;
~
" Kerana ada insan yang melihat...... apa yang aku lihat "

“Aku termenung di subuh hari”

  1. Blogger YanTinaPorter Says:

    jgn sedey k megat...bg sy lukisan awk idup ade emosi..hanya org yg rs emosi tu jek yg fhm lukisan awk..lukisan awk priceless...sgt3 berharga....keep it up k....

  2. Blogger alhariesz Says:

    2-3 hari ni saya asyik menunggu berita dari media...harap2 dan berdoa moga Hamba Allah yg seorang ni, yang cekal, bisa bangkit dan mengarah semula, menggerak-gerakkan pancaindera dan akalnya untuk mencipta karya magis....

    belum puas kita menghayati karya seorang genius bernama Y.A. Musibah ni terasa bagai mimpi.

    Kenapa saya begitu mengambil kisah tentang pejuang seni yang satu ini? Kerana beliau UNIK, dan JUJUR. Kerana beliau adalah dirinya sendiri, tidak mengikut tradisi lalang atau berdiri di atas pagar. Beliau seorang yang berpendirian, dan TETAP dengan pendiriannya.

    Di dunia ni pastinya hanya ada seorang Y.A. Tiada dua.

    Doa saya juga untuk Yasmin Ahmad. Amin Ya Rabbal Alamin....

    Cekalkan diri kamu juga ye Megat.

  3. Blogger Afeeqa Says:

    u ada kebebasan utk buat ape je yg u suke.

    stiap lukisan tu, ada mksd & nilai yg tersendiri.

    smile megat. :)

  4. Blogger thepretender Says:

    'hanya jauhari mengenal manikam'

  5. Blogger MORIBAYU Says:

    yana - :) kata sokongan itu..buat me terharu. amat-amat terharu.

    hariesz , :)

    afreeqa - ya , now me akan buka pintu kehidupan me kepada umum.

    pretender - lama ya , kamu tak kesini. me rasa macam terlalu lama tidak melihat kamu..hohohoho

  6. Blogger hafizzuan Says:

    i love dis post..!!

  7. Blogger MORIBAYU Says:

    hafizzuan - bila kita menulis dengan jujur dan ikhlas dari hati. tiada apa yang lagi tulen ttg itu.