<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Aku Peconteng

" Kita selalu tak sedar-Kaki pelangi jatuh atas kepala "


Ini adalah lukisan pertama, yang aku buat berdasarkan pada satu permintaan. Aku sudah tiada lagi data , bila lukisan ini dibuat. Aku sudah terlupa. Aku mengira-gira , ianya dilukis pada tahun 2002 atau 2003. Tapi aku masih ingat , ianya adalah satu lukisan oil pastel di atas kertas board tebal. Kawan aku , Ed yang menempah lukisan ini. 

"Megat,aku mahu..sebuah lukisan potret seorang budak lelaki yang mempunyai emosi. Yeap..yang ada emosi tergambar jelas.Tapi dalam masa yang sama,menyimpan segala kesengsaraan di sebalik wajahnya".

Aku diam. Memikir-mikir , bagaimana perasaan itu harus dijelaskan diatas sebuah kertas. Dan inilah hasilnya. Terlalu naif bukan. Aku masih bodoh ketika ini. Aku tak kenal apa itu outline , gaya lukisan atau harmoni roda warna. Aku cuma melakar , dan mewarna ikut kata hati. Aku cuma mahu dibayar utk sekeping lukisan ini. Dan , yeah....aku dibayar sebanyak rm 50.00. (Owh ,aku sudah lupa..berapa angka yang sebenar,ataupun aku memang tidak dibayar ?.Tapi yang aku ingat.Harganya tidak pernah mencecah 60.00 ).

Aku akui , aku merujuk pada karya Van Gogh. Lihat sekilas pun , sudah mudah utk dikenal pasti gaya pelukis agung itu. Terserlah lagi bersuluh legasinya pada lukisan ini. Bezanya , aku mengunakan warna oil pastel dan kertas. Tidak seperti hasil kerja Van Gogh yang terlukis rapi dengan cat minyak dan bersapu jelas di atas canvas.

Lukisan ini , sebenarnya memaparkan seorang budak dengan baju biru. Tapi sayang , aku sudah tiada salinan foto lukisan yang lengkap.Ini sahaja yang aku ada. Hanya rakaman wajahnya saja yang tinggal utk aku rujuk.

Kali terakhir aku mengetahui tentang keadaan lukisan ini. Ialah ianya hampir hilang ketika rumah ed dilanda banjir. Namun lukisan ini berjaya diselamatkan. Aku cuma tergelak , bila ed memaklumkan tentang hal itu .Dan bagaimana emaknya berusaha menyelamatkan lukisan ini , bila air bah membanjiri rumah keluarganya. 

Bila aku lihat lukisan ini. Aku terharu....
Sebab , ketika aku melakarnya dahulu. 
Aku tidak pernah terfikir walau sedetik pun. 
Yang aku akan pergi sejauh ini.

“Aku Peconteng”

  1. Blogger green Says:

    cemburunye..
    dulu waktu kecik ku suka lukis, dan aku blajar ngan satu cikgu..yahya hassan namanya..
    dan kerana mahu tumpu pada sekolah, aku tinggalkan lukisan, dengan niat nak tinggal kejap..

    Akhirnya, lukisan, kemahiran dan minat tu yang tinggalkan aku.Huhu..

    Kepada saudara,
    teruskan melukis dan mencalit kanvas tu.Kemuadian, kongsi jiwanya dengan orang2 yang menghargai sepertiku.

    Mungkin, kalau sekolah dan melukis ku seiring, aku juga mampu pergi sejauh kamu..

    All da bez bro!

  2. Blogger alhariesz Says:

    Mengapa aku merasakan,
    Dalam senyum terbawa pedih semalam,
    Kuperlukan teman yang selalu di sisi,
    Menghilangkan duka lara...

    (Dan aku mula temui siapa aku,
    Selama ini keresahan)

    - cebisan lirik lagu

    TERUSKAN APA YG HEBAT KAMU LAKUKAN KERANA IA MENDEFINASIKAN SIAPA KAMU..

  3. Blogger MORIBAYU Says:

    Ady - mimpi waktu kecil itu. Tak harus dilupakan. Hidup ini singkat...jadi buatlah apa yang kamu mahu buat.Percayalah..akan ada ketenangan di situ.

    Alhariesz - Me suka ayat2 itu. Mendefinasikan ....errmmm me takpernah dengar orang berkata begitu.

  4. Blogger Matt Kopikarat Says:

    Salam..saya pelukis amatur dari Pasir Mas, Kelantan. Satu lukisan cat minyak sedang dibida untuk satu tabung di satu kampung di Pasir Mas. Tabung itu bertujuan untuk membantu kanak2 miskin di kampung itu dan kawasan sekitarnya. Lihatlah blgo bidaan di http://toksangkutbenevolentfund.blogspot.com/
    http://toksangkuhomestay.blogspot.com/

  5. Anonymous Anonymous Says:

    chayok2 cek muhammad ..
    shayer sgt jeles pd org yg talented seperti kamu ...
    so all da berhs 4 u ..