Kamu bila lagi ???
Rasa macam baru semalam , aku bergaduh dan bergasak dengan abang aku. Yeap , Dia adalah musuh aku yg terhebat , masa awal zaman 90an. Bagi aku , dia adalah pesaing yang paling aku takuti sekali . Yeah , sebab dulu dia selalu belasah dan buli aku. Jika aku tak mahu bermain badminton dengan dia. Dia akan kejar aku sekeliling taman perumahan tempat kami tinggal . Dia selalu akan pura-pura tawarkan brick game dia pada aku , tapi itu semua tipu daya dia utk kenakan aku.
Masa kat sekolah pun , aku dan dia jarang bertegur sapa. Dia dengan dunia dia , aku dengan utopia aku. Bila kami remaja , baru aku baik sket dengan dia. Now , Kitaorang selalu kongsi jenaka buduh bersama-sama. Bagi aku , abang aku adalah lelaki yg kuat semangatnya. Dia tak peduli bagaimana bumi ini berputar , tapi dia kisah utk menjadi tangan yang memutarkannya. Minggu lepas , bila dia ke jinjang pelamin. Aku rasa sayu sedikit. Ye lah , sebab beza umur aku dan dia cuma setahun sahaja. 22 hb 12 harijadi aku - Minggu depan 29 12 pula harijadi dia. Apa-apa pun , aku cuma mahu dia happy. Aku tiada duit utk dicurahkan pada dia. Tapi sebagai adik , doa dan harapan itu - tak pernah putus aku pohonkan untuk dia. Sememangnya , Aku dan dia macam bayang dan jasad. Kami tak serupa...
Cuma kami,melengkapi diantara satu sama lain.
June 24, 2009 at 10:08 PM
alamak beday cik shaz ngan abg cik me sama ah!!!!
June 24, 2009 at 10:16 PM
congrats 2 ur brother ;)
semoga perkahwinannya dirahmati Allah swt dgn kebahagian yg tiada bertepi..
semoga abg kamu tabah menghadapi cabaran berumah tangga juga ;)
tc
June 25, 2009 at 8:29 AM
lagi 2 tahun kan?
haha..
June 25, 2009 at 12:18 PM
"Aku kan ABANG..!"
water cut won't tear apart.... :D
June 25, 2009 at 1:54 PM
congrats kepada abg anda...
June 25, 2009 at 3:31 PM
selamat pengantin baru kepada abang mu. moga bahagia ke akhir hayat. amin.
June 25, 2009 at 6:31 PM
baiknya en megat sbg adik.
congrat to abg en megat,semoga kekal sampai bila2.
p/s: mmg adik kena selalu mengalah eh?
June 26, 2009 at 9:09 AM
benci bila bergaduh
rindu tika berjauhan
sayang bila gembira
June 28, 2009 at 9:12 PM
shaz - yeap , dejavu lah pulak.
D7 - Yeap , semoga dia jumpa kebahagian itu setiap masa dan hari.
Abir - ya , lagi 2 tahun. Jika masa itu , masih mahu manjakan me.
Hariez - hohohohoh , macam iklan pula.
Nael - terima kasih , nael.
Edzlin - :)
Mr Nae - yeap , me selalu mengalah dulu...tapi itu bukan bermaksud me kalah.
Farazila - manis macam gula merah..kata2 anda itu.