<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Pertandingan Bakat 2008 - Dari Mata saya


" Dejavulah - 3 kali sudah aku menonton "

Aku suka filem ini. Kerana ianya bukan hanya sebuah filem . Tetapi satu " Kesempurnaan ". Setiap kali aku duduk menonton. Aku bagai manusia bisu yang baru mengenal apa itu A , 1 dan Alif . Aku terajar yang hidup ini , seharusnya lebih baik tanpa perasaan prejudis , ketidak fahaman dan kejahilan . Yeah , filem ini harus wajib di tonton . Cuba fahami apa yang terlukis dan yang bergerak. Sudah pasti anda semua akan fahami,hidup ini adalah tentang keseimbangan dan kesempurnaan.
No 1 - Seorang
Menarik rasanya , bila melihat betapa hafiz seolah seorang dalam menjalani hidupnya. Sentiasa bertemankan gitar. Hafiz - seorang di bawah pokok , solat di masjid dan sewaktu menunggu giliran membuat latihan . Manakala kahoe , seorang dalam memperjuangkan kedudukan nya sebagai pelajar yang hebat. Seorang ketika bergelut untuk mencari kejayaan. Antara kahoe dan hafiz , mereka berdua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing . Seperti kiri dan kanan , hampir sama hebat , tapi wujud pada permukaan dan bentuk yang berbeza. Aku juga nonton , betapa seorang nya mak mahesh dalam melalui hari-harinya - selepas kematian ganesh. Ini adalah satu gambaran , betapa ada masa - " seorangnya kita " , walau ada ramai manusia di sekeliling. Bagaimana kita mahu menghadapi hari-hari seorang, tanpa "cinta itu" . Terpulanglah.....


No 2 - Berdua ??
Setiap watak bagai ada kembarnya yang melengkapi . Susunan riyawat mereka bagaikan benar-benar terjadi. Sungguh kemas , dan tersusun . Lihatlah bagaimana Melur pintar menekan kekunci piano . Sudah pasti itu kerana ajaran waktu kecil dari Mei Ling yang tinggal bersama. Lihatlah bagaimana mudah Mei Ling , mengalun piano untuk mengubat kesunyian di hatinya. Indah bukan perhubungan mereka ?? . Abah dan Ibunya yang masing-masing mempuyai kegilaan yang sama tentang bigfoot . Dari buku , setem , tulang bigfoot ?? hinggalah kepada tapak kaki bigfoot yang elok tergantung dalam frame di dinding. Tidak lupa kepada , Cikgu Tan dan Cikgu Anuar . Satira dalam perhubungan mereka , buat aku terfikir-fikir. Apakah makna keintiman dan gurau senda mereka itu ?? jangan salah tafsir... sebab satu tindakan biasanya ada seribu makna. Pelekat bukan Pelekat , rendang juga bukan rendang. :)


No 3 - Jahil
Aku sungguh terasa bebal bila tidak memahami apa yang di isyaratkan oleh mahesh , sewaktu babak di tangga. Ya , aku amat rasa kejahilan itu . Walau masa sekolah rendah , kelas aku selang satu kelas dari kelas Khas ( Untuk Murid-murid yang bisu dan pekak ) . Malah di pintu kelas itu , amat penuh simbol-simbol tangan yang merujuk kepada huruf dan nombor.Tapi aku tak pernah ambik tahu , mahu tahu , yang aku mahu ialah TAK MAHU TAHU . Kebisuan Mahesh , aku lihat sebagai satu lapisan topeng yang menyedarkan. Jika Mahesh ada SUARA sekalipun , adakah kita MENDENGAR ?? adalah kita akan peduli ?? . Mahesh adalah pesona seorang manusia yang tidak mampu BERSUARA - tapi dia ada hati dan perasaan. Jadi aku cuma terfikir , adalah selama ini , aku benar-benar adil dalam mengenal seorang mahesh ?? . P/S : adakah apa yang mahesh isyaratkan di tangga itu , adalah benda yang sama dia beritahu melur , semasa mereka duduk bersama di taman ?? . Harap masa akan datang beri jawapan.


No 4 - aku nampak 4 dan 4 lagi
Setiap kali dadu dilontar , hasilnya tetap 4 . Pinggan yang tersusun cantik di atas para pun , ada 4 jumlahnya. Malah Auntie Mei ling yang berdiri mengosok baju , tetap di hadapan 4 ruang tingkap.


No 5 - Runtun Hati
Aku rasa macam nak jatuh air mata . Bila melihat mak mahesh duduk di sebuah kerusi yang ada 3 ruang. Dia di tengah , tetapi kiri dan kanannya cuma ada " kekosongan". Sebak melihat seorang ibu , menerima akibat dari prinsipnya sendiri. Apalah erti seorang Ibu , tanpa " Lampunya " ?? .Babak itu seperti sebuah lukisan. Hebat..amat hebat. Kelu aku... menangis bah dibuatnya , lenjun dalam hati.


No 6 - Prejudis ??
Adakah prejudis, yang membuatkan Doktor Baya. Amat keras dan kasar dalam melayan Ibu Hafiz@Embun ??. Prejudis kah yang membuatkan Ibu mahesh berang kepada cinta anaknya ??. Manakala , Mei ling menjadi mangsa prejudis , kerana anutan agama barunya , beliau di buang oleh si suami dan dilarang berjumpa lagi dengan anaknya . Aku terdiam......


No 7 - Wah banyaknya 7
7 peserta , 7 hakim , Talentime kali ke 7 , no 70 pun elok terletak kat motor mahes h. Aku cuma nampak 7 itu = Tak terlalu berasid atau terlalu berakali. Duduk tengah-tengah ini bagus..kita jadi neutral.


No 8 - Ada apa dengan nama ??
Hafiz - amat pintar ( bukankah hafiz itu " Penjaga " , yang sentiasa mengingat dan menghafal ). Mahesh - Seorang pemerintah agung , Nama lain bagi Dewa Shiva & berkaitan dengan warna Merah dan Trishula ). Ismail - Di dengar oleh- Nya ( hadir ketika embun keseorangan ). Bhavani - "Giver of life". Embun - Suci lagi menyucikan. Betulkan jika saya silap.


No 9 - Berlawanan
Mak mahesh mengatakan anak-anak adalah pelita yang menerangi. Tetapi kerana prinsip , dia menghukum dan memadamkan ( ketika hujan renyai ), harapan cinta mahesh tanpa keadilan. Dia kata , dia menyanyangi ganesh , tapi dia membiarkan ganesh kesorangan dalam mengejar harapan cintanya. Seperti satu roda yang berputar. Mak mahesh di beri satu peluang untuk membetulkan keadaan sesudah kematian ganesh , tapi sayang . Kesilapan yang sama berulang lagi.


No 10 - ....... Buah strawberi ??
Aku suka babak semasa ismael memberi buah strawberi kepada Embun. Kerana urutan yang selepas nya . Hafiz yang melawat embun , menemui ibunya sudah kaku. Bila kawan aku , yang duduk menonton asyik bertanya-tanya . Adakah buah strawberi memberi kesan dan boleh membawa maut kepada pesakit yang ada ketumbuhan otak ??? Strawberi itukah yang buat embun meninggal ?? Adakah ismail itu malaikat maut ?? dia kah yang buat embun meninggal ??




Aku cuma mampu menjawab - " Adakah kerana strawberi kita akan mati ??




Satu lagi , siapakah ismael ?? Bagi aku , ismael adalah pesona tentang satu yang melengkapkan. Lelaki yang hadir dengan sikap jenaka humornya. Buat embun ketawa walau sakit sedang menghimpit. Ismael amat berbeza dengan Dr Baya. Ironi bukan , seorang pesakit " menjaga seorang pesakit yang lain " .Bukankah itu sebenarnya tanggung jawap seorang doktor ??. Ismael adalah lelaki yang diciptakan seolah-olah untuk menemani embun di saat-saat akhir. Aku tertanya-tanya . Ketika hafiz berjalan di lorong pejalan kaki di hospital itu , seorang lelaki berambut panjang berjalan ke arah bertentangan. Memakai baju pesakit bewarna hijau. Adakah itu ismael ?? Sedang mahu berjalan pergi...tidak pula terbang.


No 11 - Pesan embun
Aku suka apa yang di ucapkan oleh embun kepada hafiz. Nasihat dan kata-katanya , sama seperti apa yang tergambar. Iaitu 2 benda yang buat dia terus hidup, ialah kepercayaan kepada-Nya dan cintanya kepada hafiz. ( jelas dengan senaskah al-quran dan gambar yang berbingkai di tepi katilnya. )


No 12 - Puisi itu amat cantik
Masa babak di meja makan. Puisi yang dibaca oleh melur itu amat jelas untuk menerangkan apa itu erti kematian , kehidupan dan kelahiran . Apatah lagi suara bacaanya dia mengiringi upacara pembakaran jenazah ganesh. Aku tergelak besar , bila nenek melur yang makan mengunakan sudu dan garfu , tiba-tiba terasa pula . Kerana seolah-oleh sajak itu ditujukan kepada dia..sebab dia yang paling tua.


No 13 - Cikgu Adibah ...owh Cikgu Adibah
Aku tak tahu , kenapa cikgu adibah betul2 menghayati lagu yang dilagukan oleh melur. Mungkin lagu itu ada kene-mengena dengan kisah cinta atau hidup peribadinya. Cikgu adibah , aku lihat seorang perempuan pintar. Dia bercakap penuh makna. Matanya amat tajam . Lihatlah bagaimana dia mengerling kepada markah di kertas hakim sebelah. Walau secara kasar , dia cuma berbual tentang kenapa melur itu seperti mak orang !!! . ( Jadi aku tak hairan , jika cikgu adibah pun perasan , tindakan cikgu anuar yang menyeluk poket di belah kiri untuk menipu semasa cabutan undi di buat. Penolakan cikgu adibah terhadap cinta cikgu anuar , mungkin dipengaruhi oleh sikap cikgu anuar yang hanya tahu berlagak macho dan hebat , tapi yang benar ??


No 14 - O re piya
3 kali menonton - 2 kali aku dengar panggung ketawa besar bila lagu itu berlagu. Mungkin orang kita sudah terbiasa pada lawak drama. Jika mahu jiwang-jiwang , pasang saja lagu hindustan . Lari-lari dan golek-golek atas rumput. Itu yang bisa mereka lihat , jadi kali ini mereka menerimanya , sekali lagi sebagai satu jenaka. Sayang .... melur sudah meraung , tapi panggung masih gelak ketawa. Betul cakap orang tua : Sinar bagi kamu , akan jadi silau pada orang lain "


No 15 - Tangga / kain terselak = ???Aku tak dibenarkan lagi bercakap tentang itu.Ada mata lihat , ada mulut diam..syuhhh


No 16 - Cinta mahesh
Boleh bayangkan , apa akan berlaku jika rahsia melur untuk masuk pertandingan itu terbongkar ?? Mahesh pula tidak ada urusan di malam ganesh terbunuh. Owh takdir itu memang manis seperti buah delima merah. Cinta Mahesh dan melur, benar-benar buat aku teringat ;

But every beginning
is only a continuation
and the book of fate is
always open in the middle.

Terima kasih kepada Mereka yang menghasilkan Talentime. 3 kali menonton , aku tak bosan. Aku tak mengangkang lemau, keboringan lesu ketika duduk menonton. Sebaliknya , Aku suka cerita ini. Mata aku segar memandang setiap inci layar. Aku nikmati filem ini dengan akal aku yang cetek . Ini yang aku lihat , ini yang aku telan dan faham. Talentime seperti hikayat lama. Ada cinta yang tak kesampaian , ada kebencian yang membuah , penuh kesakitan yang meranum .... tapi dari situ terbit keindahan . Keindahan yang hidup itu, sempurna dengan kekurangan. Perlukan aku utk berkata- kata lagi ??errmmmm....


Aku cuma tahu.. menangis sajalah , bila cinta x-sampai

“Pertandingan Bakat 2008 - Dari Mata saya”

  1. Blogger Nad. Says:

    hmm ala tak dpt tgk lagi :(
    im going to watch this ASAP.
    sgt2 nak tgkk.
    ahaha

  2. Blogger attyfir Says:

    besh ye..bila le ade masa nak g tgk nie..

  3. Blogger jejaka anggun Says:

    7 itu juga nombor bertuah bagi jejaka anggun. ingat tu....

  4. Blogger Nabil Aizat Abdul Rahman Says:

    nak tgk gak...hoho..haven't got the opportunity..sedey jap

  5. Blogger Qarl Says:

    jejaka anggun... 7 tu gk tarikh lahir karl.. 7 mac.. hehe

    megat, nice piece of thoughts..

    karl dh tgk & sgt2 adore dis film.. film ke-2 yasmin yg karl suke after MUKHSIN..

    soundtracks film ni sgt2 best! Atilia, Aizat - deir songs sgt2 appealing!

    plan nk tgk lg tmrow.. InsyaAllah

  6. Blogger F-I-Q-O Says:

    i havent watched this movie. but from your review, i think i will like this movie.

    i believe that this life is a long process of learning about this life.
    how to live according to God's will etc.

    this kind of movie, would teach us something about life. yeah.

    i will of course watch it ;)

  7. Blogger Edzlin Says:

    saya suka baca posting ini. sangat detail. kali pertama menonton dulu, saya hanya perasan tentang 7 yang byk kali keluar.

    dah 2 kali tonton pun rasa nak tgk lagi

  8. Blogger pija^_^ Says:

    can't wait to watch the movie.. cam best je bdasarkan penilaian kamu..
    well, manusia, masih ada yg tak dpt 'melihat' sesuatu yg tersirat di sebalik yg tersurat..

  9. Blogger DinSnap Says:

    salam bleh komen tak gambar sy

  10. Blogger Cik Remyza Says:

    mmg kena pg tgk..!! kamu semua..!!

    kerna kami dah pi tgk..!!

  11. Blogger Kasut But Ceri Merah Says:

    salama perkenalan...

    tahniah, blog kua kat surat khabar KOSMO! hehehee, meja pc yg awak duduk kat opis tu.. sebelahnye adalah meja saya! agaggaaaaa

    btw, saya baru je balik dari tgk afilem Talentime. yeahh.. satu filerm yang sanagt sempura, saya suka dengan hasil karya terbaru Yasmin Ahmad nie... good job kan? LAgu2 yang dimainkan dalam filem tu pon semuanya best2...

  12. Blogger NAEM:a wait-er Says:

    INsyaalh.
    naem mmg nk tgok mgu dpn.
    mgu lepas sgt sibuk,naem balik kampung untuk rehat,minda dh penat.

  13. Anonymous kopiraiter senget Says:

    saya sepatutnya memberikan standing ovation selepas tamat menonton filem ni, tapi keberanian saya hanya sampai ke tahap berdiri sambil memberi tepukan gemuruh dalam hati....tu yg termampu...

    dalam panggung, saya duduk bersebelahan dengan keluarga M, begitu juga di barisan hadapan...di sebelahnya pula sederet keluarga C....saya dapat lihat dengan jelas ekspresi wajah masing-masing walaupun dari belakang, bila mereka tak kira bangsa, mengalir air mata bila menonton babak sedih...saya perasan si ayah C mengesat matanya dengan tisu....dan gelak ketawa bila babak lucu....

    watak Jit Murad sebagai 'Death' juga sangat simbolik...

    mesej2 yang disampaikan sangat jelas...pastinya menjawab persoalan2 yang bermain di fikiran masyarakat2 kita hari ini...

    lagu2 nyanyian aizat dan atilia sangat sesuai dengan mood filem ini...melodinya kuat dan menangkap jiwa...

    Bravo Yasmin Ahmad...anda hebat...!

    p/s: Tahniah Sharifah Amani sebagai Penolong Pengarah #3 :)

    Terima kasih kepada anda kerana menyarankan saya menonton filem ini....worth the time and money spent....bravo to u too...

  14. Blogger MORIBAYU Says:

    baguslah semua suka

    akhirnya filem ini , mampu puaskan hati semua orang bukan !!!

    :)

    me cuma boleh beri pandangan utk anda semua gie menonton.
    tapi pujian yang benar , ialah pada kak yasmin.

    dia yang buat " magic " !!!!

  15. Blogger fafa^chucky Says:

    sama la
    dua kali tgk..dua kali nangis..
    dua kali jgk movie ni buat sy berfikir panjang...
    betul..after reading ur review/blog
    baru terbuka fikiran..smua dibuat utk bukakan mata kita
    or saja being sarcastic..to our own human race kan.
    mcm kata bhavani
    dia x faham kenapa mak dia x suka india muslim.tp org judge atas dasar kaum dan etc..pelik.

    mmg gud movie.=)
    part paling tersentuh..
    'teach my heart to forget her..cuz my heart dont know how to do so'
    cukup.xpayah suara.hanya gerak badan mahesh.
    buat sy gugup..=(

  16. Blogger Sinefelia Says:

    wah...16 point yang bergaya dari megat..

    detailnya..dah macam baca review dari orang kuat filem je..hehehe.. :)

    good work... :)

  17. Anonymous HOT ZOOM Says:

    Tahniah,
    Seni memang berseni.
    Teruskan usaha anda.
    Salam kejayaan

  18. Blogger NAEM:a wait-er Says:

    sy dh menonton talentime,
    isinin lepas dgn seorg teman.
    tapi naem dh berjanji,
    janji dgn dia,
    janji dgn naem,
    mmg naem x mau menangis...
    ada certain part rasa mcm nk nangis,
    tp naem tahan ja,
    tahan,
    dan tahan...

    entahla...bila naem bc review kamu mr megat,naem dh nmpak beberapa bnda,
    walau pn sedikit keliru,
    dgn beberapa babak yg 'terlavie,lu lama' utk diselesaikan!

    it's a gud muvie btw.
    p/s: harap kamu jugak,ada muvie spt ini,dr persepsi sndiri...

  19. Blogger MORIBAYU Says:

    fafa - me pun sama , nak nanges but malu lah plak kat orang seat sebelah.
    so tahan jerk . tunggu dvd out kat pasaran. tgk kat umah baru leh teriak puas2. huhuuhuh

    ikhares - orang kuat filem ??? cam kamu berdua lah ??? hoohohoh

    hot zoom - sama2 dari saya utk kamu

    naem - tak salah nages , tapi tu lah . anak laki kene kuat. buruk kata orang jika menages. errmmm...jika x-leh menagis , kenapalah kita ada rasa suram ?? errmmmm

  20. Blogger YanTinaPorter Says:

    Sy dh tgk movie ni last thursday...sgt sedey...sgt3 pilu...tersentuh hati...masih terngiang lg o re pyar di telinga...lg angel....daan stiap babak yg ade cume ade suara2 pelakon sahaja tiada background muzik...sgt2 tersentap bile lihat stiap babak-babk yg ade dlm movie ni...sume penuh makne...stiap pergerakan...bg pendapat sy dr baya tu bkn nye sombonk atau bongkak...dia dh taw yg embun tu akn pergi dlm few days...mungkin dia rase diri dia useless coz x dpt selamat kan embun and embun xley tgk hafiz jd seseorg...doktor tetap manusia...mereka akn rs loser bile xdpt selamat kan pesakit dia.dats y biler nurse tu puji hafiz dia trus blah coz ...mayb dia nk ckp yg 'sepandai2 manusia , kite xkan dapat selamat kan manusia dr kematian'.....

  21. Blogger MORIBAYU Says:

    yantinaporter - baguslah , ramai yang suka this film.
    :)

    lihat dengan hati - bukan hanya dengan mata.

    baru kita dapat rasa..apa itu erti kehidupan.