<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Bila Mata dan Mulut aku bersuara

Burung nuri yang ceria dari surga akan iri pada kita -- 
Ketika kita akan tertawa sedemikian rupa; Kau dan Aku. Ini aneh, 
bahwa Kau dan Aku, di sudut sini ... Keduanya dalam satu nafas di Iraq, dan di Khurasan 
-- Kau dan Aku 

Rumi


Hari ini , bila aku lihat ada kegembiraan yang banyak di hati mereka. Mereka yang aku kenal sebagai sahabat, kawan, teman. Atau apa saja pangilannya.(Itu bukan satu yang penting). Membuat aku terfikir tentang sesuatu. Sesuatu tentang kegembiraan mereka, yang aku tiada !!.Aku cemburu bila ketawa mereka datang dari hati. Suka mereka hadir tanpa henti. Tapi aku ?? Hanya jurugambar yang berselindung dari sebalik lensa. Aku sentiasa senyum tawar untuk buat orang percaya. Aku ini sentiasa gembira.Walau hakikat ?? Takdir saja yang tahu apa yg terbuku. Aku bukan yang indah untuk disukakan. Amarah aku membakar diri. Bongkak aku itu perhiasan diri. Jahil aku itu leka jadi permainan. Kesesatan itu jadi taruhan..itulah aku yg benar.

Ketidaksempurnaan aku itu jadi indah bila takdir membawa kamu semua ke sini. Menjadi watak kecil yang memenuhi pentas kecil dunia aku. Kasih sayang, Cinta, Persahabatan kamu semua menjinakan aku manusia liar ini jadi beradab. Kini aku mula memahami. Walau ada masanya kita berperang sesama sendiri. Tapi di akhirnya , kita tetap akan makan semeja di atas marmar putih. Kamu semualah, cinta aku. Yang ada untuk menemankan aku bila sunyi itu menghantui. Maafkan aku , jika aku berkata zalim hingga ada yang terasa hati. Maafkan aku , jika laku aku terlalu sial , hingga ada yang berpaling muka. Aku adalah aku.... mawar itu berduri kerana tuhan terlalu menyayangi. Jangan marahkan aku , jika luka itu terlalu indah untuk di kenang.


Kamulah semua Emak , Bapa , Abang , kakak , adik yang menjadi keluarga besar kita. Terima kasih untuk segalanya. Kini aku ada kerana kamu..dan di akhirnya . Biarlah aku duduk di balik lensa. Merakam erti kegembiraan kita. Satu hari , saat aku sudah tiada..ingatilah aku bukan kerana apa ,yang aku telah bual kosongkan. Tapi kerana apa yang sudah aku lihat. 


Yeah...dan aku hanya telah lihat kamu

“Bila Mata dan Mulut aku bersuara”

  1. Blogger Ahmad Zharif Ahmad Zahir Says:

    bila berkata mengikut naluri, walau huduh mana pun kata2nya, namun apa yang cuba disampaikan sangat indah sekalii.....it maked the reader so near to the writer! Ecehcehceh!

    owh, the picture of you on the floor is SEXY! yess SEXY! hhahah...not tht drooling sexy...but the pic is sexylah...haha

  2. Blogger Farazila Says:

    lilo x paham langsung pasal sajak tue...

    yea megat..kita ade satu keluarga besar...yang x kan kita dpt dlm btk sebegni rupa....

    apa2 pun...u mmg photographer yg kreatif...

  3. Blogger Mommy Lily Says:

    nice pic brother!

    salam singgah dari mami

  4. Anonymous Anonymous Says:

    x update blog kew megat?

    -wiwie-