Tanpa aku sedar ..
Aku cuma mahu mencuri bintang
supaya malam aku yang sendiri
dalam sunyi ;Jadi berteman
-Bising dengan bicara
Aku cuma malaikat bumi
yang berteman bayang
yang angkuh pada tuhan
seolah ada seribu masa yang menanti
Namun , bila aku lihat bias diri
dalam kolam di kaki gunung
terwarna satu hakikat ;Aku pasti akan menjadi tulang
meranap hingga jadi debu
di bawa angin entah kemana
Jadi sekali ini
bila malam itu berlari dari kaki langit
buat sempadan laut sayup dari kaki hingga ke atas
aku lihat ada sinar lampu - yang berjuta
tidak pintar aku untuk mengira
terlalu malas untuk aku duduk mencari
Jadi aku sapu lagit dengan erti mesra ;
supaya malam aku yang sendiri
dalam sunyi ;Jadi berteman
-Bising dengan bicara
Aku cuma malaikat bumi
yang berteman bayang
yang angkuh pada tuhan
seolah ada seribu masa yang menanti
Namun , bila aku lihat bias diri
dalam kolam di kaki gunung
terwarna satu hakikat ;Aku pasti akan menjadi tulang
meranap hingga jadi debu
di bawa angin entah kemana
Jadi sekali ini
bila malam itu berlari dari kaki langit
buat sempadan laut sayup dari kaki hingga ke atas
aku lihat ada sinar lampu - yang berjuta
tidak pintar aku untuk mengira
terlalu malas untuk aku duduk mencari
Jadi aku sapu lagit dengan erti mesra ;
Awan
Awannnnnnnnnn ,ketepilah
biar lampu bintang-bintang itu jelas
Bulan
Bulannnnnnnnnn,carilah suria kamu
cahaya mu silau mataku
Langit
Langittttttttttt , gelaplah warna dirimu
Supaya bintang itu muncul
bagai roh yang nyata
Bumi
Bumiiiiiiiiiiii ,tinggi kanlah diri mu
biar tangan ini sampai berpaut pada langit
Bila aku lihat bintang bintang itu menjelma
tanpa ada takut yg berbunga
aku gapai satu,untuk malam ini jadi benderang
aku simpan di dalam gengaman
terserlah sinar intan nya
hingga mata jadi rabun ; tapi hati masih suka
Aku simpan bintang yg kucuri ini
jadi ingatan aku manusia
Ku semat pada dada menghias jadi hati
Aku lena tiada lagi takut
datanglah pagi-datanglah peragut nyawa
aku tiada gentar
Aku cuma mahu mencuri bintang-bintang
Aku tiada dimiliki jadi bagaimana aku mahu memiliki
-Pergilah..aku hanya untuk-NYA
October 17, 2008 at 2:29 AM
jawapan:
'Bintang Itu'
dari jauh dia kerlipan
berikan warna-warni
dari sisi manapun kamu perhati
senyumlah menatapnya
lupa sebentar gundahmu
selagi ada ketika
kerana dia tidak kudrat
hadir cuma separuh waktu
bila suria muncul
kamu akan rindu menunggu malam..
October 17, 2008 at 8:35 AM
puisi yg indah...
congrats megat!
October 17, 2008 at 7:47 PM
lovely blog!!!Kewlll...
October 17, 2008 at 9:44 PM
cantik gmbar!
hebat puisi!!!
eh, name pon dh berubah?
October 20, 2008 at 6:16 AM
Uncle
ini tentang PEMILIHAN
:-)
sudah tiba masanya utk me buat keputusan
yeah...satu perkahwinan mungkin
:)
....
karl , yeah...bila hati berkata-kata.
Mulut pun tiada bahasa yg indah...
.....
apaapajerk ..thanks
....
the pretender
yeah..gigih kan snap pic sendiri utk this post
yeah...me guna my first name
:)
October 21, 2008 at 2:18 PM
megat...
lilo baru perasan pic megat ni lebih kurang sama macam billboard DIGI kat tol batu 3 la....
iklan tu pon tgh gapai bintang juga....
klu x caya, u lalu nanti u tgk taw....hari2 lilo tgk billboard tu, baru semalam perasan...hahhaha
klu megat edit pic tu nampakkan seperti alam semesta lagi marvellous!!
October 21, 2008 at 11:54 PM
love the pic ..... penuh tersirat dan tersurat ayat tuh ..
October 22, 2008 at 11:20 PM
aku suka sajak tentang bulan dan bintang...:-)