Hari selasa yang lepas. Uncle Ajami bagi jemputan kat aku utk pergi menonton tayangan film Budak Kelantan arahan pengarah baru Wan Azli di Cineleisure, Damansara.( Maaf,sekali lagi Uncle Ajami , sebab buat u menunggu me touch down ). Mula-mula aku tiada idea langsung info bout this filem. Ini cerita apa ?? x-pernah aku dengar review or promosi. Tahu-tahu sudah mahu keluar panggung.After uncle ajami sebut 'Gedebe', baru aku teringat. Yeah, projek film ini sudah lama bermula. Tapi baru sekarang karya ini muncul selepas bertahun aku menunggu ( sampai lupa ). Yeah, kawan aku Miss Ikha dan AresBahar pun ada datang sekali ( Thanks sebab dah simpankan seat utk kitaorang ).
Selama ini Budak Kelantan selalu di momokan sebagai satu kaum yang taksub dengan diri sendiri or semangat kenegerian. Apatah lagi bila berurusan dengan mereka. Sikap pentingkan diri sendiri seolah menebal dalam jati diri mereka. Sedangkan bila mereka berbicara. Perasan sentimen perkauman itu akan cepat hadir. Hingga wujud satu ungkapan " Budak kelantan if dah jumpa kawan senegeri lupa dunia ". Jadi film ini hadir bagaikan memberi satu ajaran. Satu jawapan kepada semua persoalan. Apa itu Budak Kelantan yang sebenarnya.
Aku tertarik pada film ini since dari pembukaan lagi. Bila jalan cerita ini berkisar tentang 2 watak yang terlalu kontrast. Iaitu Jaha ( Mohd Asrul Faisal ) dan Buchek ( Danny X-factor ) yang saling berbeza karekter dan dunia. Tapi satu yang menyamakan mereka ialah mereka berasal dari tanah negeri yang sama. Bila babak Buchek tekun bersolat dengan frame yang tetap bagaikan menunjukan betapa hidupnya di landasan yang benar. Tapi Jaha yang goyah perjalanan hidupnya , terumbang ambing dengan sorotan kamera yang lincah dan bergetar. Dan dari situ perjalanan hidup mereka akan berubah, disaat mereka bertemu. Jalan ceritanya mudah . Teramat mudah tapi jangan keliru dengan setiap lapisan demi lapisan babak bagaimana setiap watak bermula dan berakhir.
Dalam Budak Kelantan , pengisian ttg islam itu amat jelas walau tiada jubah atau serban yang kelihatan.Sinonim dengan warga kelantan yang teguh jati diri islamnya. Itulah metefora yang cuba diungkai. Kelantan negeri yang kaya dengan budaya tapi x-tercicir dengan peganganya.
Cinta ?? sure ada. Cuma dalam film ini. Rupanya agar kabur. Namun jika disoroti semula dari babak ke babak , kekuatan pengorabanan yang di buat oleh Buchek itulah erti cinta yang sebenar.
Aku suka saat, suara latar buchek memberi JAWAPAN , bahawa manusia itu sama di sisi tuhan. Yang membezakan ialah bagaimana mereka dibentuk dan memilih jalan hidup. Aku bagaikan tersedar. Kita selalu mengelaskan manusia kepada satu kumpulan walau kita sedar hakikat itu amat jelas.
Aku suka. Yeap, suka dengan bagaimana Budak Kelantan di dokumentasikan. Semuanya amat tepat. Dari gaya,sikap dan jati diri mereka. Budak Kelantan amat jujur dalam memberi penjelasan ini. Kehidupan di kota dan segala permasalahan dunia moden yang melanda mereka seperti berjudi,rempit, ketagihan ubat batuk,seks luar nikah dan 1001 macam cerita yang bergumal. Di sini semua watak mengharungi hidup , mencari keredhaan Tuhan , mengharap keampunan dan mendamba cinta dan kebahagian.
Lakonan para pelakon juga boleh dibanggakan. Suprise aku tgk ,lakonan Danny yang banyak berubah. Tiada lagi watak budak remaja gila atau terlebih sense of humour. Cuma seorang budak skema yang mengajar diri ttg kehidupan.
Mohd Asrul faisal sebagai Jaha, amat bagus. Kita tidak merasa meluat dengan kejahatan dia sebagai budak yg bermasalah, tapi simpati itu datang. Melihat Jaha yang mengharap kelahiran semula dia sebagai manusia yg baik dan berguna.
Ini juga faktor kenapa aku suka film ini. Kerana ianya dijayakan oleh pelakon baru dan kurang popular. Jadi ianya nampak natural. Tiada bayangkan kepada setiap watak. Semuanya menjadi watak suci dan kotor seperti yg sepatutnya.
Aku x-mahu mengulas panjang ttg filem ini. Apa yang boleh aku katakan jika apa yang aku tonton itu sarat dengan ajaran makan ianya memang satu film yang bagus. Budak Kelantan sarat dengan mesejnya. Mungkin ada yang akan sinis berkata film ini terlalu mudah atau bagai drama tv . Lihat semula babak dan skrip yang dilontar katanya. Pasti korang akan setuju dengan aku.
Jadi jangan lupa menonton Budak Kelantan di pawagam yang berhampiran.[30 Oktober 2008]. Pasti pandangan sinis ttg apa itu Budak Kelantan akan berubah.

.......................
Lebih info tentang Budak Kelantan ? Here -
Lagi-lagi Filem
Ajami Hashim
Yoyooh.com

ya la...
i siap reserve cuople seat lagi utk y'all...
hehehe...cantik la gambar kite tuh...black n white....tapi name i eja salah pulak kat bawah tu...
sedey.... :(